​​​ 

PENSIJILAN TAHFIZ AL-QURAN JAKIM-UNITEN

 

Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN adalah satu program baru yang telah diperkenalkan oleh Universiti Tenaga Nasional, Putrajaya (UNITEN) dengan kerjasama Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Upacara Memorandum Perjanjian Persetujuan (MoA) telah dimeterai antara UNITEN dan Darul Quran, JAKIM yang telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato' Dr. Masyitah binti Haji Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri


Buat masa ini, Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN​ telah memperkenalkan dua program iaitu :

​1. Program Pensijilan Tahfiz 4 Semester :-

1.1 Syarat kelayakan akademik pelajar akan dinilai berdasarkan keputusan SPM sebenar dengan syarat minima B+

1.2 Syarat kelayakan hafazan al-Quran iaitu telah menghafaz sekurang-kurangnya 25 juzuk. Pelajar juga perlu lulus temuduga yang akan diadakan. 

Menerusi program ini, pelajar akan menamatkan hafazan al-Quran 30 juzuk dan akan dianugerahkan sijil tahfiz al-Quran dalam tempoh 4 semester. Program ini adalah berjalan secara serentak dengan pengajian akademik.​​


2. Program Pensijilan Tahfiz 8 Semester :-

2.1 Syarat kelayakan akademik pelajar akan dinilai berdasarkan keputusan SPM sebenar dengan syarat minima B. 

2.2 Pelajar hendaklah lulus temuduga yang dijalankan dan mempunyai minat yang mendalam untuk menghafaz al-Quran. 

Melalui program ini, pelajar akan menamatkan hafazan dan dianugerahkan sijil tahfiz dalam tempoh 8 semester, proses pengajian adalah seperti berikut :

a) Memulakan hafazan pada Peringkat Pengajian Asas  dan akan tamat pada tahun kedua Pengajian Ijazah masing-masing.

b) Mula dan menamatkan hafazan sepanjang tempoh pengajian Diploma. 


Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN ini bernaung di bawah Kolej Pengajian Asas dan Umum, UNITEN dan  dibantu oleh seorang Penyelaras Unit dan disokong oleh 7 orang pensyarah. Persekitaran pembelajaran Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN ini adalah berpusat di Masjid UNITEN. Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN​ ini agak unik kerana para pelajar yang mengikuti program pengajian ini akan mengikuti sesi pembelajaran secara seiring (parallel session) iaitu, mereka akan mengikuti kelas Pengajian Akademik dan  Tahfiz Darul Quran, JAKIM

Program Persijilan Tahfiz al-Quran Jakim-UNITEN ini juga merupakan satu program yang dirangka khusus bagi melahirkan para graduan yang profesional dalam al-Quran dan bidang kejuruteraan. Ia merupakan satu usaha yang murni ke arah membina kesepaduan ilmu duniawi dan ukhrawi.

Justeru itu, penggabungan ilmu-ilmu Islam dan ilmu Kejuruteraan dan Teknologi ini adalah diharapkan akan dapat memberikan impak baru dalam proses transformasi pendidikan di negara ini dan seterusnya dapat melahirkan modal insan yang holistik dan bersepadu.​


​​​

Borang Permohonan Pensijilan Tahfiz AL-Quran JAKIM-UNITEN.pdf

Brochure Huffaz Profesional UNITEN(1).pdf

Brochure Huffaz Profesional UNITEN(2).pdf