2002 News
Vice-Chancellor Launches Fitness Programme
Hari Raya Gathering Meets Its Objective
Universiti Tenaga Nasional tawar 1,700 tempat baru
Bakti Siswa Perdana
Universiti Tenaga Nasional students must stay in campus
Universiti Tenaga Nasional juara kuiz akaun
Universiti Tenaga Nasional tawar kursus pasca ijazah
Universiti Tenaga Nasional terima 8,000 permohonan
Universiti Tenaga Nasional ambil 1,700 pelajar baru
Universiti Tenaga Nasional miliki Makmal Bahasa Moden terbaik
Hari Terbuka Universiti Tenaga Nasional serentak di dua kampus
Universiti Tenaga Nasional rancang tambah pelajar asing
Universiti Tenaga Nasional di tempat kedua Cabaran Basikal Solar Sedunia
Universiti Tenaga Nasional, Universiti Swasta Pertama Ditubuhkan
Universiti Tenaga Nasional bukti kemampuan pelajar bangunkan teknologi
Universiti Tenaga Nasional tambah pengambilan pelajar baru bermula Jun
Universiti Tenaga Nasional students to visit Afghanistan
Swasta lebih minat biaya penyelidikan IPTS


24th January 2002
Mulai minggu ini ruangan Pendidikan Selepas SPM akan menyiarkan program yang ditawarkan oleh universiti swasta yang terdapat di negara ini. Universiti swasta masih dianggap baru dalam perkembangan pendidikan tinggi di negara ini dan kurang menarik pelajar, khususnya golongan Bumiputera. Hal ini tidak bermakna program yang ditawarkan oleh universiti berkenaan tidak berkualiti tetapi disebabkan kos pengajian agak tinggi berbanding institusi pendidikan tinggi awam UPTA).

Untuk pengetahuan, terdapat tujuh universiti swasta yang beroperasi di negara ini. Universiti itu ialah Universiti Tenaga Nasional (Uniten), di Kajang, Selangor; Universiti Teknologi Petronas - UTP (Tronoh, lpoh, Perak); Universiti Multimedia - UMM (Cyberjaya); Universiti Industri Selangor Unisel (Shah Alam, Selangor); Universiti Tun Abdul Razak - Unitar, (Kelana Jaya, Selangor); Universiti Perubatan Antarabangsa IMU (Bukit Jalil, Selangor) dan Universiti Terbuka Malaysia - Unitem (Kuala Lumpur).

Universiti pilihan minggu ini ialah Uniten iaitu salah sebuah universiti swasta yang pertama ditubuhkan di negara ini. Uniten milik penuh Tenaga Nasional Berhad (TNB), wujud sebagai salah sebuah utiliti elektrik terbesar di Asia Tenggara.

Uniten telah mula beroperasi sebagai Institut Latihan Sultan Ahmad Shah (ILSAS) dalam tahun 1976 dan telah menyumbang bakti yang agak lama sebagai pusat latihan korporat bagi TNB dan badan berkanun sebelumnya, Lembaga Letrik Negara.

Pada tahun 1994, TNB telah mengubah ILSAS menjadi institusi pengajian- tinggi dan menamakannya Institut Kejuruteraan Teknologi Tenaga Nasional (IKATAN) dan mendapat taraf universiti pada tahun 1997 dengan menggunakan nama seperti sekarang.

Uniten menyediakan pendidikan berkualiti ke arah melengkapkan pelajar untuk jawatan dalam bidang perindustrian, perdagangan dan pendidikan. Program akademik Uniten ditawarkan oleh Kolej Kejuruteraan, Kolej Pengurusan Bisnes dan Institut Kajian Liberal.

Semua program direkabentuk untuk memenuhi keperluan akademik Lembaga Akreditasi Negara (LAN) sementara program kejuruteraan dan perakaunan disediakan bagi memenuhi syarat-syarat keahlian dalam badan profesional yang relevan.

Di bawah Kolej Kejuruteraan lepasan SPM boleh memilih program yang ditawarkan seperti Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Kuasa, Ijazah Sarjana Muda Mekanikal, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat, Diploma Kejurutersan Elektrik, Diploma Kejuruteran Mekanikal dan Diploma Teknologi Maklumat.

Sementara itu, Kolej Pengurusan Bisnes pula menawarkan enam program pengajian yang berkaitan bisnes, perdagangan dan pengurusan.

Program itu ialah Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Bisnes (Kewangan), Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Bisnes (Pembangunan Usahawanan),Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Bisnes (Pengurusan Sumber Manusia dan Diploma Pengajian Bisnes).

Manakala lnstitut Kajian Liberal bertanggungjawab untuk menyediakan kursus bahasa dan pengajian am seperti bahasa Inggeris, sejarah dan kebudayaan tidak menawarkan kursus kepada lepasan SPM.

Walaupun terdapat sedikit perbezaan syarat minimum kemasukan bagi program ijazah, namun asasnya semus, pelajar yang berminat memohon sebarang program peringkat ini mereka mesti lulus peperiksaan SPM dengan wajib mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Calon juga perlu lulus lima (5) mata pelajaran yang relevan di tahap kepujian dengan memperoleh tidak lebih 20 agregat. Mata pelajaran itu adalah Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan mana-mana satu (1) mata pelajaran lain.

Bagi program peringkat diploma pula, pemohon mesti lulus peperiksaan SPM dengan wajib mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Calon juga perlu lulus lima (5) mata pelajaran dengan memperoleh tidak lebih 30 agregat termasuk kepujian dalam mata pelajaran Matematik dan satu (1) mata pelajaran sains.

Tempoh pengajian akademik bagi program ijazah sarjana muda (kepujian) adalah lima tahun atau 10 semester dan tiga tahun atau (6 semester) bagi program diploma.

Uniten sebagai sebuah pusat pengajian yang ekslusif dan strategik di dalam Koridor Raya Multi Media (MSC) turut menyediakan pelbagai kemudahan yang mampu menawarkan suasana yang ideal untuk pencapaian akademik dan perkembangan intelektual pelajar.

Antara kemudahan yang disediakan kepada pelajar ialah perpustakaan, kemudahan komputer, makmal, penginapan berbentuk apartment yang mampu menampung 2,500 pelajar serta kemudahan sosial, rekreasi dan sukan.



UNIVERSITY CAMPUSES


UNITEN, Putrajaya Campus,

Jalan IKRAM-UNITEN, 43000 Kajang, Selangor. Tel: 603-8921 2020, Fax: 603-8928 7166.
Click here for Map



UNITEN, Sultan Haji Ahmad Shah Campus,

26700 Bandar Muadzam Shah, Pahang. Tel: 609-455 2020, Fax: 609-455 2000.
Click here for Map

CONTACT US


For enquiries, suggestions, complaints, or comments please click here and fill in the form in i-Recommend

If you experience difficulties viewing the website, please contact webmaster@uniten.edu.my. Disclaimer

Copyright © 2014 Universiti Tenaga Nasional.
All rights reserved.