2002 News
Vice-Chancellor Launches Fitness Programme
Hari Raya Gathering Meets Its Objective
Universiti Tenaga Nasional tawar 1,700 tempat baru
Bakti Siswa Perdana
Universiti Tenaga Nasional students must stay in campus
Universiti Tenaga Nasional juara kuiz akaun
Universiti Tenaga Nasional tawar kursus pasca ijazah
Universiti Tenaga Nasional terima 8,000 permohonan
Universiti Tenaga Nasional ambil 1,700 pelajar baru
Universiti Tenaga Nasional miliki Makmal Bahasa Moden terbaik
Hari Terbuka Universiti Tenaga Nasional serentak di dua kampus
Universiti Tenaga Nasional rancang tambah pelajar asing
Universiti Tenaga Nasional di tempat kedua Cabaran Basikal Solar Sedunia
Universiti Tenaga Nasional, Universiti Swasta Pertama Ditubuhkan
Universiti Tenaga Nasional bukti kemampuan pelajar bangunkan teknologi
Universiti Tenaga Nasional tambah pengambilan pelajar baru bermula Jun
Universiti Tenaga Nasional students to visit Afghanistan
Swasta lebih minat biaya penyelidikan IPTS



14th March 2002

UNIVERSITI Tenaga Nasional (Uniten) menerima kira-kira 8,000 permohonan bagi program ijazah sarjana muda dan diploma untuk kemasukan semester Jun ini.

Naib Canselornya, Prof. Dr. Zainul Abidin Md. Sharif berkata, permohonan itu. melebihi daripada tempat yang ditawarkan kepada calon iaitu sebanyak 1,700 tempat.

"Kita menjangka permohonan berkenaan akan bertambah menjelang tarikh tutup permohonan tersebut tidak lama lagi," katanya selepas telesidang antara Uniten Bangi dengan Pengerusi Uniten, Datuk Dr. Jamaluddin Jarjis yang berada di Uniten cawangan Muadzam Shah, Pahang, baru-baru ini.

Menurut Dr. Zainul, 1,000 tempat yang ditawarkan adalah bagi program Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat (IT) yang diadakan di Uniten, Bangi.

Manakala 700 tempat lagi adalah untuk program Perakaunan dan Pengurusan Perniagaan yang diadakan di Uniten cawangan Muadzam Shah, Pahang.

Uniten membuat dua kali pengambilan pelajar iaitu pengambilan utama pada Jun bagi semester Jun-Oktober dan pengambilan kedua ialah pada November untuk semester November-Mac.

Sementara itu Presiden Uniten, Datuk Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, yuran pengajian yang tinggi di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) berbanding institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tidak menjejaskan usaha universiti berkenaan untuk menarik lebih banyak pelajar luar bandar memasuki universiti berkenaan.

Katanya, walaupun yuran itu tinggi 'sedikit' namun kemudahan yang disediakan adalah lebih baik berbanding institusi pengajian tinggi yang lain.

Ini terbukti daripada sambutan menggalakkan daripada lepasan berkenaan hasil 'turun padang' pihak pengurusan Uniten ke kawasan-kawasan luar bandar bagi memasarkan Uniten baru-baru ini.

"Maklum balas yang kita terima mendapati banyak lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di luar bandar berminat untuk memasuki Uniten," katanya.

Tambahnya, maklum balas itu juga mendapati pelajar-pelajar berkenaan tidak bimbang mengenai pembiayaan kerana mereka layak untuk mendapat pembiayaan pinjaman dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sama seperti pelajarpelajar di IPTA.

Pinjaman

"Selain itu mereka juga boleh memohon pinjaman dari Yayasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk membiayai pengajian masing- masing," ujarnya.

Dalam pada itu Dr. Jamaluddin berkata, telesidang yang diadakan itu membuktikan keupayaan Uniten mewujudkan Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) untuk pelajar- pelajar yang berada di kawasan luar bandar.

"Apabila ada ceramah pendidikan di Uniten Bangi, pelajar-pelajar Uniten di Muadzam, Shah juga boleh mengikutinya," katanya.

Malah katanya, pelajar-pelajar di daerah-daerah lain juga boleh mengikuti ceramah berkenaan di pejabat-pejabat TNB yang dihubungi dengan jaringan optik fiber.

"Inilah tujuan Uniten iaitu untuk mendemokrasikan pendidikan sehingga ke kawasan luar bandar dan kita mahu menjadikan daerah-daerah di setiap negeri sebagai kampus kita melalui PJJ," ujar beliau.

Program yang ditawarkan untuk kemasukan di Uniten, Bangi ialah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Kuasa, Kejuruteraan Elektronik dan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam dan Sarjana Muda IT.

Manakala program Diploma pula ialah Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal dan IT.

Sementara program yang ditawarkan untuk Uniten, Muadzam Shah ialah Sarjana Muda Perakaunan, Pengurusan Perniagaan dalam Kewangan, Pengurusan Perniagaan dalam Pemasaran, Pengurusan Perniagaan dalam Pembangunan Keusahawanan, Pengurusan Perniagaan dalam Pengurusan Sumber Manusia.

Manakala program Diploma pula ialah Perakaunan dan Pengajian Perniagaan.


UNIVERSITY CAMPUSES


UNITEN, Putrajaya Campus,

Jalan IKRAM-UNITEN, 43000 Kajang, Selangor. Tel: 603-8921 2020, Fax: 603-8928 7166.
Click here for Map



UNITEN, Sultan Haji Ahmad Shah Campus,

26700 Bandar Muadzam Shah, Pahang. Tel: 609-455 2020, Fax: 609-455 2000.
Click here for Map

CONTACT US


For enquiries, suggestions, complaints, or comments please click here and fill in the form in i-Recommend

If you experience difficulties viewing the website, please contact webmaster@uniten.edu.my. Disclaimer

Copyright © 2014 Universiti Tenaga Nasional.
All rights reserved.