Yayasan Canselor
Yayasan Canselor UNITEN
 Board of Trustees
 YCU Structure
 The Activities
 Donors
 Dermasiswa YCU
   
Yayasan Canselor > Dermasiswa YCU

Dermasiswa YCU

Dermasiswa Yayasan Canselor Universiti Tenaga Nasional diwujudkan bagi menyalurkan bantuan kewangan secara sekali terima. Ini adalah bertujuan untuk membantu pelajar lepasan SPM dan STPM/setaraf yang ingin melanjutkan pengajian Asasi/Foundation, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda/Degree di Universiti Tenaga Nasional.

Sumbangan Yayasan Canselor Universiti Tenaga Nasional adalah seperti berikut :-

a)Program Pengajian Asas:
i)Yuran pendaftaran sebanyak RM 1350 (Seribu tiga ratus lima puluh sahaja) akan ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Canselor ATAU
ii)Yuran penginapan untuk satu semester sebanyak RM 750 (Ringgit Malaysia Lapan Ratus Sahaja) pada tahun pertama, semester pertama pengajian akan ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Canselor.

b)Program Diploma dan Ijazah Sarjana Muda:
i)Yuran pendaftaran sebanyak RM 1350 (Seribu tiga ratus lima puluh sahaja) akan ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Canselor ATAU
ii)Yuran penginapan untuk satu semester sebanyak RM 800 (Ringgit Malaysia Lapan Ratus Sahaja) pada tahun pertama, semester pertama pengajian akan ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Canselor.

    Syarat-syarat permohonan Dermasiswa YCU
  • Pemohon adalah warganegara Malaysia ii)Pemohon hendaklah mendapat tempat di UNITEN.
  • Ibubapa / penjaga yang sah berpendapatan kasar bulanan sebanyak RM 4,000 sebulan dan ke bawah.
  • Pemohon mempunyai keperibadian dan ciri-ciri kepimpinan yang tinggi.
  • Pemohon aktif dalam kegiatan ko-kurikulum.
  • Memenuhi syarat kelayakan akademik:

a)Program Pengajian Asas:
i. Bidang Kejuruteraan:
Lulus SPM dengan memperolehi gred minima A- untuk lima (5) subjek yang diambil.

ii.Bidang Bukan Kejuruteraan:
Lulus SPM dengan memperolehi gred minima A- untuk empat (4) subjek yang diambil.

b)Program Ijazah Sarjana Muda:
Memenuhi syarat kelayakan masuk yang telah ditetapkan oleh UNITEN

Keputusan Yayasan Canselor Universiti Tenaga Nasional dalam membenarkan atau menolak sebarang permohonan adalah muktamad.
zip Muat-Turun Peringkat Ijazah

zip Muat-Turun Peringkat Asasi

zip Muat-Turun Peringkat Diploma

Tarikh tutup permohonan Dermasiswa YCU
i)Tarikh tutup permohonan adalah pada 19 April 2013.
ii)Pihak Yayasan Canselor Universiti Tenaga Nasional akan menghubungi pemohon yang layak menerima Dermasiswa YCU, sebelum sesi pendaftaran Di UNITEN pada 18hb Mei 2013 dan 19 Mei 2013 bagi program Asas, Diploma dan Ijazah.
iii) Bagi pemohon yang layak, anda dikehendaki mengambil surat tawaran dermasiswa YCU di Pejabat Yayasan Canselor Universiti Tenaga Nasional, Aras 4, Canselori sebelum mendaftar.
iv)Bagi pemohon yang akan mendaftar di Kampus Sultan Hj Ahmad Shah, Bandar Muadzam Shah, Pahang, surat tawaran akan di sampaikan melalui email. Sila cetak surat tersebut bagi memudahkan proses pendaftaran. Penghantaran permohonan Dermasiswa YCU

Segala dokumen hendaklah dihantar secara Pos atau Serahan Tangan kepada:
Pejabat Yayasan Canselor,
Aras 4, Bangunan Pengurusan,
Universiti Tenaga Nasional,
Jalan IKRAM-UNITEN,
43000 Kajang, Selangor.

Pertanyaan:
Sila hubungi Pejabat YCU, 03-8928 7151 atau email kepada ycu@uniten.edu.my



The University Campus

UNITEN Putrajaya Campus:
Jalan IKRAM-UNITEN, 43000 Kajang, Selangor.
Tel: 603-8921 2020, Fax: 603-8928 7166.
Campus Map

UNITEN Sultan Haji Ahmad Shah Campus:
26700 Bandar Muadzam Shah, Pahang.
Tel: 609-455 2020, Fax: 609-455 2000.
Campus Map

Contact Us

For enquiries, suggestions, complaints, or comments please fill in the form in i-Recommend. Click Here

Free Web Counters
Visitors since 15 Jan 2009

Certifications