Teroka UNITEN
Profil Universiti
Sorotan Bicara Daripada Naib Canselor
Falsafah UNITEN
Kelebihan Belajar Di UNITEN
   
Teroka UNITEN > Profil Universiti

Profil Universiti

Universiti Tenaga Nasional adalah sebuah institusi unik, yang menyediakan program-program akademik dan kemahiran teknologi kejuruteraan dalam kampus yang sama. Universiti ini memfokuskan kepada program-program kejuruteraaan, teknologi maklumat, pengurusan bisnes dan bidang-bidang lain yang berkaitan. UNITEN bukan sahaja melahirkan graduan yang berilmu dan profesional yang berkemahiran tinggi tetapi juga melengkapkan mereka sebagai individu yang serba boleh dengan ketrampilan intelektual yang luas.

UNITEN merupakan salah sebuah universiti swasta yang pertama di Malaysia dan dimiliki sepenuhnya oleh Tenaga Nasional Berhad, salah sebuah syarikat utiliti yang terbesar di Asia Tenggara. Walaupun sebagai sebuah universiti yang masih baru, UNITEN bergerak pantas kehadapan untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan pendidikan yang terkenal di rantau ini. Sokongan dan komitmen yang padu daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB), telah membolehkan universiti ini memacu pembangunan dan kemudahan infrastruktur yang terdapat di dalam kampus.

Jumlah program yang ditawarkan di universiti akan sentiasa meningkat mengikut keperluan semasa, selari dengan komitmen universiti untuk memenuhi permintaan nasional dan negara-negara lain yang melihat Malaysia sebagai pembantu untuk memenuhi keperluan pendidikan mereka.

UNITEN berusaha untuk menyediakan pendidikan berkualiti bagi melahirkan pelajar yang dapat memenuhi kehendak pasaran industri, perdagangan dan akademik. Kandungan program yang terdapat di UNITEN adalah komprehensif dan inovatif serta teknik pengajarannya telah direka khas untuk tujuan mengembangkan penerokaan ilmu pengetahuan. Pelajar akan mengharungi cabaran untuk menjadi seorang yang profesional dan serba boleh dalam menguasai mental, intelektual dan kecekalan emosi untuk berjaya dalam kehidupan.

Kurikulum, beserta projek penyelidikan, eksperimen dan latihan praktikal direka berdasarkan input daripada industri dan sektor perniagaan serta daripada universiti dalam negara dan luar negara. Penekanan diberikan ke arah menghasilkan profesional khususnya yang dapat memenuhi keperluan industri dan amnya kepada keperluan negara.

Semua program akademik diformulasikan untuk memenuhi kehendak Malaysia Qualification Agency (MQA). Sebagai tambahan, program ijazah bidang kejuruteraan dan perakaunan juga telah direka bagi memenuhi keperluan badan profesional yang berkenaan.

Pemilihan pensyarah dan anggota kerja, adalah berdasarkan kelayakan, pengalaman profesional, kepakaran mengajar dan profesionalisma, minat terhadap subjek dan komitmen mereka untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan para pelajar.



The University Campus

UNITEN Putrajaya Campus:
Jalan IKRAM-UNITEN, 43000 Kajang, Selangor.
Tel: 603-8921 2020, Fax: 603-8928 7166.
Campus Map

UNITEN Sultan Haji Ahmad Shah Campus:
26700 Bandar Muadzam Shah, Pahang.
Tel: 609-455 2020, Fax: 609-455 2000.
Campus Map

Contact Us

For enquiries, suggestions, complaints, or comments please fill in the form in i-Recommend. Click Here

Certifications