Teroka UNITEN
Profil Universiti
Sorotan Bicara Daripada Naib Canselor
Falsafah UNITEN
Kelebihan Belajar Di UNITEN

Sorotan Bicara Daripada Naib Canselor

Selamat datang ke laman web Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). UNITEN merupakan mercu tanda antara salah sebuah universiti swasta yang pertama di Malaysia. Laman web kami menyediakan gambaran penuh tentang universiti dan mempamerkan kekuatan-kekuatan yang ada yang telah membawa kami kepada apa yang kami ada pada hari ini.

Di UNITEN, kami berbangga untuk mengembangkan idea-idea baru dan mempromosi pengetahuan sepanjang hayat. Kami menyediakan persekitaran akademik yang dapat memberi inspirasi kepada para pelajar dan sarjana yang terpilih untuk lebih cemerlang dalam bidang pengajian dan penyelidikan mereka.

Persekitaran pembelajaran kami yang bertaraf dunia ini diperkayakan oleh adanya kepelbagaian pelajar dan kakitangan yang datang dari pelbagai negara. UNITEN terletak dalam kawasan seluas 214 hektar yang merupakan dataran lembah yang dikelilingi oleh kehijauan pohon. Juga berdekatan bandaraya budaya dan komersil, iaitu Kuala Lumpur. Kampus Putrajaya yang tenang dan moden menyediakan persekitaran yang ideal untuk pembelajaran dan perkembangan intelek.

Tanpa ahli penggeraknya, sesebuah institusi pembelajaran itu hanyalah sebuah deretan bangunan dan peralatannya. UNITEN juga berhubungan dengan dunia luar dengan menawarkan ciptaan kreatif dalam penyelidikan dan pendidikan pada abad ke-21 ini. Kami menjana komuniti pembelajaran antarabangsa yang sebenar, menyampaikan produk mutakhir yang penting dan relevan melalui penyelidikan dan juga pendidikan.

Dalam era globalisasi ini, kami harus mempamerkan visi kami kepada masyarakat dunia. Dengan melihat masa hadapan, generasi muda kami akan menghabiskan kerjaya dan hidup mereka di dunia ini, iaitu sempadan kebangsaan akan menjadi kurang bermakna. Dalam meraikan seabad kegemilangan penubuhannya, UNITEN tidak hanya berpeluk tubuh malah berkerja keras membina kecemerlangan dalam membentuk universiti yang unggul.

Laman web UNITEN merupakan pintu laluan masuk ke bidang akademik kami yang luas dan program-program penyelidikan yang mempelbagaikan disiplin yang ada, khidmat sokongan dan sumber kelas pertama kami, termasuk cara hidup kampus dan masyarakat. Melalui lembarannya, saya pasti anda akan merasai keseronokan dan kegembiraan ketika berada di universiti. Justeru, saya mengalu-alukan anda melayari laman web UNITEN agar lebih mengenali kami. Saya berharap pengalaman anda mengenali kami merupakan langkah pertama ke arah menjadikan anda sebahagian daripada anggota keluarga UNITEN. Buatlah pilihan yang bijak dan perjalanan hidup anda bermula di sini.

Prof. Dato' Ir. Dr. Mashkuri Bin Yaacob
Naib Canselor, UNITEN



UNIVERSITY CAMPUSES


UNITEN, Putrajaya Campus,

Jalan IKRAM-UNITEN, 43000 Kajang, Selangor. Tel: 603-8921 2020, Fax: 603-8928 7166.
Click here for Map



UNITEN, Sultan Haji Ahmad Shah Campus,

26700 Bandar Muadzam Shah, Pahang. Tel: 609-455 2020, Fax: 609-455 2000.
Click here for Map

CONTACT US


For enquiries, suggestions, complaints, or comments please click here and fill in the form in i-Recommend

If you experience difficulties viewing the website, please contact webmaster@uniten.edu.my. Disclaimer

Copyright © 2014 Universiti Tenaga Nasional.
All rights reserved.