Skip to main content Skip to footer

Komunikasi Professional dalam Industri

Bina Citra Diri Profesional yang Berketrampilan Tinggi

Overview

Course Name

Komunikasi Professional dalam Industri : Bina Citra Diri Profesional yang Berketrampilan Tinggi

Synopsis

Sebagai anggota kerja professional, citra diri adalah cermin kepada imej organisasi. Justeru kursus ini secara terperinci memberi latihan kepada peserta membina personaliti dan keperibadian diri yang berketrampilan tinggi. Kursus Komunikasi Professional dalam Industri ini turut merangkumi keseluruhan modul berkaitan aspek komunikasi yang berkesan dan efektif. Ia melibatkan komunikasi lisan dan juga penulisan. Sungguhpun teknologi dalam revolusi industri sudah berkembang pesat secara online, tetapi keberkesanan dalam komunikasi kekal penting, khususnya dalam sektor pengurusan. Penulisan surat rasmi dan email, serta penulisan laporan kekal relevan sebagai keperluan utama dalam industri. Tidak cukup dengan komunikasi bertulis, penyampaian pengucapan awam juga sangat penting bagi memastikan pembentangan dan persembahan yang dibuat memberi impak positif kepada organisasi.

Course Highlights
  1. Membina citra diri yang professional di tempat kerja.
  2. Membuat penulisan rasmi yang berkesan dan profesional.
  3. Mengenal pasti elemen penting dalam komunikasi lisan, khususnya dalam aspek pengucapan awam yang bersifat professional.
Target Participants

Golongan professional

Registration

To register for this short course, please email Dr. Vivian Yew at  vivian@uniten.edu.my



🕒 Duration
2 Hari | 12 Jam Praktikal


Short Course Leaflet

UVA Logo
Chat with UVA
UNITEN Virtual Assistant