IklanLogoSmartCampus-latest.png

  1.                                           
                                  1.                                          
                1. PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO

  2. UNITEN Smart UniverCity

  3. UNIVERSITI TENAGA NASIONAL

 

  1. UNITEN akan menganjurkan satu pertandingan mencipta logo sempena perasmian projek Smart Campus yang diberi nama UNITEN Smart UniverCity. Sehubungan itu, semua Pelajar UNITEN dan Anggota Kerja UNITEN (termasuk staf lantikan TNB) adalah dipelawa untuk menyertai pertandingan ini.

 

TEMA
Logo hendaklah memaparkan UNITEN berada dalam persekitaran Smart Campus yang lengkap ​dengan elemen Smart mengikut definisi dan kreativiti pereka.

SPESIFIKASI

  1. a. Saiz
  2. Reka cipta logo UNITEN Smart UniverCity perlu disediakan dengan menggunakan aplikasi komputer dan disimpan dalam fail asal (softcopy) dalam bentuk PNG (CD) dan dalam bentuk hardcopy pada kertas bersaiz A4 yang berukuran 210mm x 297mm dan ditampalkan pada mounting board berwarna hitam. Saiz logo perlulah piawai iaitu sama ada portrait (160mm x 240mm) atau landscape (240mm x 160 mm).
  3.  
    b. Rekaan
  4. i.    Warna dan corak pada setiap logo yang dicipta mesti disertakan dengan penerangan dan rasional dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. 
  5. ii.   Rekaan logo juga boleh dibuat dalam bentuk 2 atau 3 dimensi.
  6. iii. Peserta bebas untuk mencipta logo tetapi hendaklah bersifat dinamik serta mempunyai makna yang selari dengan UNITEN Smart UniverCity.
  7.  
    c. Kegunaan logo
  8. Logo yang digubah perlu sesuai untuk digunakan dalam mempromosikan UNITEN Smart UniverCity.

d. Keaslian logo
Reka bentuk logo mestilah asli dan tidak boleh mengandungi unsur yang dianggap sensitif dari segi kaum, budaya, dan agama serta sesuai digunakan oleh Universiti Tenaga  Nasional.

SYARAT PENYERTAAN
a.   Terbuka kepada semua Pelajar UNITEN dan Anggota Kerja UNITEN (termasuk staf lantikan TNB).
b.   Semua penyertaan hendaklah sampai ke alamat di bawah dan diterima sebelum atau pada jam 4.30 petang, 02 Jun 2017 (Hari Jumaat).

 

  1. Sekretariat Pertandingan Mencipta Logo
  2. UNITEN Smart UniverCity
  3. Pusat Perancangan Strategik
  4. Aras 2 Bangunan Pengurusan
  5. Universiti Tenaga Nasional
  6. Jalan IKRAM-UNITEN
  7. 43000 KAJANG
  8. SELANGOR DARUL EHSAN

  9. (u.p : Hanif Lokmanal Hakim)
  10. Tel : 03–8921 2020 sambungan 5579
  11. Email: Hanif@uniten.edu.my

 

  1. c.   Setiap peserta boleh menghantar HANYA SATU (1) penyertaan. Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap diisi dengan butiran peserta. Bukti kiriman pos adalah bukan bukti penerimaan.
  2.  
  3. d.  Peserta hendaklah memastikan keaslian logo yang dicipta terpelihara. Pihak sekretariat tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga ke atas hakcipta logo tersebut.
  4.  
  5. e. Setiap penyertaan logo yang diterima tidak akan dipulangkan dan akan menjadi hak milik Universiti Tenaga Nasional. Selain itu, Universiti Tenaga Nasional mempunyai hak untuk menggunakan logo yang diterima dan mendaftarkannya sebagai hak milik harta intelek Universiti Tenaga Nasional.
  6.  
  7. f.  Universiti Tenaga Nasional juga mempunyai hak untuk mengubah suai logo yang direka cipta oleh peserta (jika perlu).
  8.  
  9. g. Pemenang akan dihubungi melalui pos, telefon, e-mel atau pemberitahuan menerusi media. Walau bagaimanapun, Universiti Tenaga Nasional berhak untuk tidak memilih pemenang di kalangan peserta yang bertanding sekiranya panel hakim memutuskan bahawa tiada peserta yang layak dianugerahkan sebagai pemenang utama.
  10.  
  11. h. Segala kos untuk menyertai pertandingan ini atas tanggungan peserta sendiri.

 

PENGADILAN

  1.  
  2. a.  Setiap penyertaan akan dinilai dari aspek rekabentuk typografi, kefungsian, konsep, kreativiti, dan keaslian oleh satu panel juri yang dilantik oleh Universiti Tenaga Nasional.

b.  Keputusan panel juri adalah muktamad dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

Borang Penyertaan:-Borang Penyertaan Mencipta Logo.pdf