Bahagian Pungutan Zakat TAZU

 

 


Pengertian Zakat

Dari Segi Bahasa

Zakat dari segi bahasa bererti "BERSIH", "SUCI", "SUBUR", "BERKAT" dan "BERKEMBANG"

Pengertian "BERSIH" dan "SUCI" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.

 

Dari Segi Syarak

Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak


Syarat Wajib Berzakat

1) Islam

2) Merdeka

3) Sempurna milik

4) Hasil usaha yang baik sebagai zakat

5) Cukup nisab

6) Cukup haul

 

Dalil Wajib Zakat

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." - Surah At-Taubah (ayat 103)

 

Jenis-Jenis Zakat

Jenis-jenis zakat yang boleh dibayar di Kaunter Tabung Amanah Zakat UNITEN adalah seperti berikut:

  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Simpanan
  • Zakat Saham
  • Zakat KWSP
  • Zakat Emas
  • Zakat Perak
  • Zakat Harta
  • Zakat Qadha.

Kaedah Bayaran Zakat

Tabung Amanah Zakat UNITEN menjalankan urusan kutipan wang zakat daripada warga kerja UNITEN, TNB, Anak Syarikat, Alumni dan Vendor-vendor. Kaedah bayaran zakat yang digunakan adalah melalui:

 

Skim Potongan Gaji (SPG)

Kemudahan bayaran Zakat melalui potongan gaji yang berasaskan 3 prinsip berikut:

 

 

Kaunter Tabung Amanah Zakat UNITEN

Pembayaran zakat menerusi kaunter zakat UNITEN yang terletak di Masjid UNITEN

 

Kalkulator Zakat

​​​