Selamat Datang ke Unit Zakat UNITEN

 

Latarbelakang

Pada 14 Julai 2010 UNITEN telah menerima Tawaran Pelantikan sebagai Penolong Amil bagi pihak Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Seterusnya, pada 2 September 2010, UNITEN dan LZS telah menandatangani satu Memorandum Perjanjian Persetujuan (MoA) Pelantikan UNITEN sebagai Penolong Amil dan merasmikan penubuhan Tabung Amanah Zakat UNITEN. Klik di sini untuk berita selanjutnya.

 

 

Matlamat

Matlamat penubuhan Tabung Amanah Zakat UNITEN adalah sebagai satu sumber kewangan alternatif untuk membantu para pelajar yang layak dan tergolong dalam asnaf zakat untuk menerima bantuan bagi meneruskan pengajian.

 

Visi

Untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam memperkasakan modal insan

 

 

Misi

1. Menjana dana bagi melahirkan profesional Muslim

2. Membina kefahaman warga UNITEN menerusi amalan terhadap nilai-nilai Islam               

 

 

Objektif

1.Mencari dan menerima sumbangan dari pelbagai pihak.

2.Menjana sumber kewangan bagi melahirkan profesional Muslim.               

3.Menyediakan bantuan kewangan bagi para pelajar UNITEN yang memerlukan.               

4.Bertindak sebagai One Stop Center dalam pelbagai kegiatan keilmuan dan kerohanian..               

 

Waktu Berurusan​

Isnin hingga Khamis8.00 pg - 1.00 tghari 
2.00 ptg - 5.15 ptg
Jumaat8.00 pg - 12.30 tghari
2.30 ptg - 5.00 ptg