Lost and Found

CICU telah menyediakan kaunter bagi barang-barang yang hilang dan dijumpai dalam kawasan masjid. Ia bertujuan untuk membantu dan memudahkan individu serta masyarakat UNITEN/ Luar yang kehilangan barang-barang berharga. CICU menyimpan barang-barang yang dijumpai dengan selamat sehingga ia dituntut oleh pemiliknya.

Barang-barang yang dijumpai sepatutnya diserahkan untuk direkod dan disimpan kepada kakitangan Masjid Uniten. Barang-barang yang dijumpai akan disimpan sekurang-kurangnya 6 bulan (sekiranya tidak dituntut) ia akan di lupus atau di derma.

Sekiranya anda ingin menuntut barang yang hilang, anda dikehendaki untuk mengisi borang dan diserahkan kepada kakitangan yang bertugas.

Muat-turun Borang:

  •  Borang Tuntutan

    Barang akan dipulangkan ​kepada pemilik ketika pengesahan borang yang dihantar telah dilakukan. Sekiranya anda ingin menuntut barang yang kepunyaan orang lain, anda diminta untuk membawa surat kebenaran/ wakil daripada pemilik asal yang menyatakan hasratnya. Surat kebenaran tersebut mesti mempunyai butiran seperti nama pemilik dan nama penuh anda, no. kad pengenalan dan no. telefon.

    Pertanyaan lanjut, sila datang jumpa kami di Pusat Pengajian Islam dan Peradaban UNITEN atau hubungi En. Mohd Farid Bin Mohd Rawi(Mfarid@uniten.edu.my or ext.1319 ) or Ustaz Shafie Abd. Wahid (MShafie@uniten.edu.my or ext 1308).