Selamat Datang ke Pusat Islam UNITEN

CONTACT US

UNITEN Islamic Centre (UIC)
UNITEN Mosque, Ground Floor
Universiti Tenaga Nasional
Jalan IKRAM-UNITEN
43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA

+603-8921 2020 ext 1308 / 1319 / 1348

Pada awal penubuhan masjid UNITEN ia diletakkan dibawah pentadbiran Canselori. Kemudian ditubuhkan satu unit khusus yang dipanggil sebagai Unit Pentadbiran Agama (UPA) bagi mengendalikan hal-ehwal berkaitan Agama Islam di UNITEN. Penubuhan UPA adalah merupakan cetusan idea daripada YM Engku Hashim Al-Idrus iaitu Timbalan Rektor UNITEN pada tahun 1999.

Tanggal 15 Jun 2005, Jemaah Pengurusan UNITEN telah menaiktaraf Unit Pentadbiran Agama (UPA) kepada Pusat Islam UNITEN. Penubuhan pusat ini adalah kombinasi antara Unit Pentadbiran Agama (UPA) dan Unit Pengajian Islam (akademik). Gabungan ini adalah diharapkan akan dapat menjadi suatu cetusan ke arah mewujudkan sebuah pusat yang mampu memenuhi tuntutan masyarakat untuk melahirkan profesional muslim.

Pada 1 September 2007 Pusat Islam UNITEN sekali lagi mengalami perubahan, selaras dengan perkembangan UNITEN dalam mengejar misi dan visinya. Pusat Islam UNITEN telah bertukar nama kepada Pusat Pengajian Islam dan Peradaban UNITEN (Center for Islamic Studies and Civilization UNITEN). Awal tahun 2017, penjenamaan semula (CICU) telah kembali semula kepada nama asalnya iaitu Pusat Islam UNITEN atau nama lainnya UNITEN Islamic Centre (UIC).

Waktu Berurusan​

Isnin hingga Khamis
8.00 am - 1.00 pm
2.00 pm - 5.15 pm

Jumaat
8.00 am - 12.30 pm
2.30 pm - 5.00 pm