Dermasiswa B40 Yayasan Canselor UNITEN


Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2019 untuk memohon penajaan di bawah Program Dermasiswa B40 Yayasan Canselor UNITEN.

Program ini mensasarkan pelajar yang ingin mengikuti pengajian peringkat Diploma di UNITEN yang mempunyai latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.


PROGRAM YANG DITAWARKAN

Semua program Diploma di UNITEN seperti berikut:

  • Diploma in Mechanical Engineering | Putrajaya
  • Diploma in Electrical Engineering | Putrajaya
  • Diploma in Computer Science | Putrajaya
  • Diploma of Accountancy | KSHAS

SYARAT DAN KELAYAKAN AKADEMIK

Syarat-Syarat Umum

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai kesihatan yang baik
  • Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2019 buat kali pertama
  • Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh
    permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan)
  • Pendapatan isirumah ibu bapa / penjaga adalah RM4,359.00 sebulan dan ke bawah.

Syarat-Syarat Khusus

  • Menduduki SPM pada tahun 2019 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana tiga (3) subjek lain yang diambil.


BANTUAN YANG DITAWARKAN

  • Yuran Pendaftaran
  • Yuran Pengajian
  • Yuran Penginapan
  • Wang Sara Diri

Pelajar yang menerima bantuan ini diwajibkan untuk memohon Dermasiswa B40 JPA Tahun 2020 yang akan dibuka sekitar Julai 2020. Pihak UNITEN akan memaklumkan tentang dermasiswa ini apabila telah dibuka.


 


CARA MEMOHON

Permohonan dibuka secara atas talian di

https://forms.gle/u99poDd1tLqKJhqd7





TARIKH PENTING

  • Tarikh buka permohonan - 13 April 2020.
  • Tarikh tutup permohonan - 10 Jun 2020.

Calon-calon yang berjaya akan dimaklumkan menerusi email.

LAIN - LAIN

Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Permohonan yang tidak mendapat apa-apa maklumat selepas tiga (3) bulan dianggap tidak berjaya. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

PERTANYAAN

Sebarang bantuan atau pertanyaan sila hubungi:

  1. Pn Nurrul Hidayah Ismail
    019-3175202 | nurrul@uniten.edu.my