Diskaun Yuran Pengajian UNITEN kepada anak anggota kerja yang layak


Pemberian diskaun yuran pengajian ini adalah inisiatif yang disyorkan oleh Pengurusan UNITEN bagi mempromosi pengajian di UNITEN di kalangan anggota kerja UNITEN/TNB. Ini dapat menggalakkan anak anggota kerja UNITEN/TNB untuk memohon dan seterusnya mendaftar pengajian mereka di UNITEN.

Diskaun Yuran Pengajian Universiti Tenaga Nasional kepada anggota kerja yang layak seperti berikut

  • Anak anggota kerja lantikan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  • Anak anggota kerja lantikan Tenaga Nasional Berhad (TNB)
  • Pesara anggota kerja lantikan Univesiti Tenaga Nasional

Syarat Kelayakan Anggota Kerja

  • Semua anggota lantikan UNITEN/TNB yang masih dalam perkhidmatan.
  • Anggota kerja yang dilantik di bawah terma Pegawai Dagang (Ekspatriate) adalah layak memohon pemberian diskaun yuran pengajian.
  • Pemberian diskaun ini hanya diberikan kepada salah seorang anggota kerja sahaja sekiranya pasangan suami/isteri merupakan anggota kerja lantikan TNB/UNITEN.
  • Pemberian diskaun adalah terhad kepada tiga (3) orang anak sahaja untuk satu keluarga di sepanjang tempoh perkhidmatan anggota kerja.

Syarat Kelayakan Pelajar

  • Status pelajar – Aktif Pengajian
  • Permohonan kali pertama perlu dilakukan pada semester pertama pengajian bagi melayakkan pelajar memohon diskaun pengajian pada semester seterusnya..
  • Pelajar sedia ada yang telah mendapat kelulusan diskaun pengajian sebelum ini sahaja yang dibenarkan memohon.
  • Pelajar sedia ada di peringkat Asas atau Diploma juga layak untuk memohon diskaun yuran pengajian ini apabila menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda kelak.
  • Tidak mendapat mana-mana biasiswa atau pinjaman boleh ubah (termasuk MARA dan Yayasan Tenaga Nasional) kecuali PTPTN.

 

Pemberian Diskaun

Diskaun pengajian kepada anggota kerja lantikan TNB/UNITEN mengikut tempoh pengajian normal yang telah ditetapkan di dalam Peraturan Akademik Universiti seperti jadual berikut :

Anggota Kerja Jumlah Diskaun Peringkat Pengajian

Lantikan UNITEN/TNB (Berkhidmat di UNITEN)

25%
  •  Asas
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana

Lantikan TNB (Tidak Berkhidmat di UNITEN)

20%
  • Asas
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana
Pesara Lantikan UNITEN 20%
  • Asas
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana

*Anggota kerja lantikan Anak Syarikat TNB adalah tidak layak untuk memohon diskaun pengajian di UNITEN

  • Diskaun adalah terhad kepada Yuran Pengajian sahaja.
  • Diskaun juga tidak akan diberikan ke atas subjek mengulang (repeat subject).

 

 

Syarat-syarat AM Permohonan Diskaun Yuran Pengajian

Syarat-Syarat Am

Cara Memohon

Borang permohonan click link beserta dokumen sokongan yang telah lengkap perlu dimajukan selewat-lewatnya pada minggu keempat setiap semester.

Borang permohonan boleh dimajukan ke email berikut :

         Mohafizs Bin Hamzah E : mohafizs@uniten.edu.my
         Nurrul Hidayah Bte Ismail E : nurrul@uniten.edu.my

Atau terus ke:

Kaunter 1: Programme Information & Inquiries 

UNITEN Customer Centre (UCC), Universiti Tenaga Nasional, Jalan Ikram-UNITEN 43000, Kajang Selangor.