Permohonan RM1,500 Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN untuk Diploma UNITEN


Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) adalah inisiatif baru PTPTN berjumlah RM1,500 bagi persediaan pelajar sebelum mendaftar di IPTS termasuk UNITEN.

  • Tarikh Buka - 1 Januari 2021.
  • Tarikh Tutup - 15 Januari 2021.

Kelayakan:

Semua pelajar di peringkat pengajian Diploma dari keluarga B40 (penerima BSHR) layak untuk menerima WPP.

Permohonan:

Untuk memohon, isi borang permohonan WPP di : https://www.ptptn.gov.my/ionline/#/login

Panduan Memohon:

Sekiranya anda menghadapi masalah semasa memohon, sila lihat Manual ini untuk rujukan https://www.ptptn.gov.my/images/fail/manual/manual_permohonan_wpp_diploma_b40_ipts.pdf

Syarat-Syarat WPP:

Pelajar harus memenuhi kriteria seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Ibu bapa / Penjaga / Pelajar adalah Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR)
  3. Pelajar ditawarkan pengajian peringkat Diploma sepenuh masa di IPTS termasuk UNITEN.

Makluman kepada UNITEN:

Kepada yang berminat untuk memohon WPP, sila berikan maklumbalas melalui emel kepada zuliana@uniten.edu.my dan nurrul@uniten.edu.my. Nyatakan "Saya berminat memohon WPP PTPTN" beserta nama penuh anda di dalam emel tersebut.

Keputusan Permohonan WPP:

Keputusan permohonan WPP akan diperolehi daripada pihak PTPTN selewat-lewatnya pada 25 Januari 2021.

Pendaftaran di UNITEN:

Selepas mendapat keputusan daripada PTPTN, anda HARUS mendaftar di UNITEN (secara online) di dalam tempoh 1 – 4 Februari 2021 sahaja.

Pertanyaan:

  1. Pn. Zuliana Bte Khalid
    E : zuliana@uniten.edu.my   T: 010 753 455 0828
  2. Mrs. Nurrul Hidayah Binti Ismail
    E : nurrul@uniten.edu.my   T: 019 317 5202