Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Program Khas JPA MARA (PKJM) 2020


JPA-MARA mempelawa calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas JPA MARA (PKJM) tahun 2020. Program Khas JPA-MARA (PKJM) tahun 2020 merupakan penajaan kepada pelajar bumiputera cemerlang lepasan SPM tahun 2019 untuk mengikuti pengajian peringkat persediaan dan Ijazah Pertama di luar dan dalam negara termasuk UNITEN.


STRUKTUR PENGAJIAN

Program Khas JPA-MARA Dalam Negara merupakan program penajaan yang berfokus kepada niche area/bidang kepakaran di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang terpilih seperti UNITEN. Penajaan adalah daripada peringkat Persediaan sehingga peringkat Ijazah Pertama di IPTS dalam bidang yang telah ditetapkan.

PROGRAM YANG DITAWARKAN

  1. Bachelor of Electrical and Electronics Engineering (Hons)
  2. Bachelor of Electrical Power Engineering (Hons)
  3. Bachelor of Mechanical Engineering (Hons)
  4. Bachelor of Civil Engineering (Hons)
  5. Bachelor of Computer Science (Systems and Networking) (Hons)
  6. Bachelor of Computer Science (Software Engineering) (Hons)
  7. Bachelor of Computer Science (Cyber Security) (Hons)
  8. Bachelor of Information Technology (Information Systems) (Hons)
  9. Bachelor of Information Technology (Visual Media) (Hons)
  10. Bachelor of Information Technology (Graphics & M/media) (Hons)

SYARAT DAN KELAYAKAN AKADEMIK

Syarat Umum

  1. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu / Bumiputera dan warganegara Malaysia
  2. Mempunyai kesihatan yang baik
  3. Menduduki peperiksaan SPM buat pertama kali pada tahun 2019
  4. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki
  5. Ibu/bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA; dan
  6. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama.

Syarat Khusus

Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Kod Program: PKJM 015

Mendapat sekurang-kurangnya gred A (kombinasi gred A+ dan gred A sahaja) dalam lima (5) mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Melayu
b) Matematik
c) Matematik Tambahan
d) Fizik
e) Kimia.

Dan

Mendapat sekurang-kurangnya gred A-dalam dua (2) mata pelajaran berikut:

a) Bahasa Inggeris
b) Sejarah.



MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

(a) Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau

(b) Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat berkaitan Kerajaan (GLC); atau

(c) Bayaran balik sebanyak 50%daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau

(d) Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayarbalik sepenuhnya nilai pinjaman.

CARA MEMOHON


Permohonan dibuka secara online di http://www.mara.gov.my selama sepuluh (10) hari mulai 9 Mac 2020 sehingga 18 Mac 2020.

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini/ meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Khas JPA MARA Tahun 2020 sebagai bukti permohonan telah dibuat.


TARIKH PENTING

  • Tarikh buka permohonan - 09 Mac 2020.
  • Tarikh tutup permohonan - 18 Mac 2020.

Keputusan permohonan penajaan Program Khas JPA MARA ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://www.mara.gov.my selewat-lewatnya pada 5 Mei 2020 (Selasa) jam 5.00 petang.


LAIN - LAIN

Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

PERTANYAAN

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 / 3553 / 3387 mulai 9 Mac 2020 hingga 18 Mac 2020 (hari bekerja) dari jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di http://jpa.spab.gov.my/eApps/system/index.do.