Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Yayasan Tenaga Nasional 2020 - Diploma UNITEN




Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa anak-anak anggota kerja TNB yang berkelayakan untuk memohon Pinjaman Boleh Ubah (PBU) bagi mengikuti pengajian Peringkat Diploma di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi Pengambilan Jun 2020.

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Bidang Kejuruteraan

  • Kejuruteraan Elektrik Kuasa
  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Mekanikal

Bidang Bukan Kejuruteraan

  • Perakaunan
  • Kewangan
  • Bisnes
  • Sains Komputer


SYARAT DAN KELAYAKAN AKADEMIK


Diploma - Bidang Kejuruteraan

Lulus SPM termasuk Bahasa Melayu dengan memperolehi agregate tidak melebihi 25 unit* (<25 unit) dalam kombinasi lima (5) subjek seperti berikut :

  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Bahasa Inggeris

atau

Lulus Sijil dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.80 (PNGK>2.80) dalam bidang yang berkaitan.


Diploma - Bidang Bukan Kejuruteraan

Lulus SPM termasuk Bahasa Melayu dengan memperolehi agregate tidak melebihi 25 unit* (<25 unit) dalam kombinasi lima (5) subjek seperti berikut :

  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains / Fizik / Matematik Tambahan / Kimia / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Sejarah / Geografi / Teknologi Maklumat

atau

pilih salah satu yang terbaik daripada subjek-subjek berikut:-

Pendidikan Moral / Pengetahuan Agama Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah.

*Cara Pengiraan Agregate: ( A+ = 0, A=1, A- =2, B+=3, B=4, C+=5, C=6, D=7, E=8, G=9 )

atau

Lulus Sijil dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.80 (PNGK>2.80) dalam bidang yang berkaitan.


SYARAT TAMBAHAN PERMOHONAN

  • Berumur tidak melebihi 23 tahun pada 1 Januari 2020.
  • Permohonan ini layak untuk Anak Anggota Kerja TNB dan Anak-anak Syarikatnya sahaja.
  • Manakala pelajar yang sedia ada di UNITEN mestilah mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 (PNGK>2.50) berdasarkan keputusan peperiksaan terkini (Semester 2, 2019/2020).
  • Mendapat tempat di UNITEN.
  • Penajaan adalah dihadkan kepada dua (2) orang tanggungan dari satu keluarga pada sesuatu masa, iaitu seorang di UNITEN dan seorang lagi di IPTA.
  • Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan Pinjaman Boleh Ubah adalah tidak layak memohon.

 


CARA MEMOHON


Permohonan hendaklah dibuat secara online di laman web YTN seperti berikut:

http://ytn.tnb.com.my

TARIKH PENTING

  • Tarikh buka permohonan - 10 Mac 2020
  • Tarikh tutup permohonan - 22 Mac 2020
  • Tarikh semakan nama calon yang disenarai pendek bermula pada 30 Mac 2020
  • Tarikh penghantaran dokumen sokongan adalah sehingga 13 April 2020.


PENGHANTARAN DOKUMEN

  • Hanya calon yang telah disenarai pendek sahaja yang perlu menghantar dokumen sokongan. Pelajar baharu yang disenarai pendek diwajibkan menghantar salinan surat tawaran Universiti dan resit BMK bersama dengan dokumen sokongan yang lain.
  • Semua dokumen sokongan perlu disahkan dan hendaklah dimajukan ke alamat berikut:

Pengarah
Yayasan Tenaga Nasional
Peti Surat 70, Pejabat Pos Bandar Baru Bangi
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.


NILAI BANTUAN PINJAMAN BOLEH UBAH

Anak anggota kerja TNB dan anak-anak syarikatnya sahaja yang layak memohon.

  • Nilai Bantuan Pinjaman Peringkat Diploma : Yuran Pengajian + Elaun Sara Hidup (RM6,000 setahun) + Elaun Buku (RM600 setahun).


LAIN - LAIN

  • Bilangan pinjaman boleh ubah yang ditawarkan adalah TERHAD.
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
  • Permohonan yang tidak mendapat apa –apa maklumat selepas tiga (3) bulan dianggap tidak berjaya. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
  • Penajaan berkuatkuasa mulai Semester Jun, 2020/2021 bagi yang berjaya.


PERTANYAAN

Sebarang bantuan atau pertanyaan sila hubungi talian am Yayasan Tenaga Nasional 03-89247500 atau pegawai berikut:

Pengambilan

  1. Pn Wan Qobatiah Wan Johan (samb: 7520)
  2. En Khairil Anuar Mohamad (samb: 7531)
  3. En Nur Syafiq Kamaruzan (samb: 7539)
  4. En Mohamad Azwa Mustapa (samb: 7529)

Teknikal / Sistem

  1. En Muhamad Ros Azmir (samb: 7523)
  2. Pn Noor Marhammah (samb: 7543)