Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Yayasan Tenaga Nasional 2020 - Asas & Ijazah UNITEN




Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Pinjaman Boleh Ubah (PBU) bagi mengikuti pengajian peringkat Asas & Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi Pengambilan Jun 2020.

PROGRAM YANG DITAWARKAN

  1. Bidang Kejuruteraan
  2. Bidang Bukan Kejuruteraan
  3. Teknologi Maklumat & Sains Komputer


SYARAT DAN KELAYAKAN AKADEMIK


Peringkat Asas - Bidang Kejuruteraan

a. Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya C dalam Bahasa Melayu dan

b. Memperolehi Agregat tidak melebihi 18 unit* (<18 unit) dalam lima (5) subjek- subjek berikut:

  • Matematik (Gred minima = A-)
  • Matematik Tambahan (Gred minima = B)
  • Fizik (Gred minima = B)
  • Kimia (Gred minima = C)
  • Bahasa Inggeris (Gred minima = C)


Peringkat Asas - Bidang Bukan Kejuruteraan, Teknologi Maklumat & Sains Komputer


a. Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya C dalam Bahasa Melayu dan

b. Memperolehi Agregate tidak melebihi 18 unit* (<18 unit) dalam kombinasi lima (5) subjek-subjek berikut:-

  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • 3 daripada subjek-subjek berikut:

Sains / Fizik / Matematik Tambahan / Kimia/ Prinsip Akaun/ Perdagangan / Ekonomi Asas / Sejarah / Geografi / Teknologi Maklumat atau

pilih salah satu yang terbaik daripada subjek-subjek berikut:-

Pendidikan Moral / Pengetahuan Agama Islam/ Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah

*Cara Pengiraan Aggregate: ( A+ = 0, A=1, A- =2, B+=3, B=4, C+=5, C=6, D=7, E=8, G=9 )


Peringkat Ijazah Sarjana Muda

a. Lulus STPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.00 (PNGK>3.00) atau

b. Lulus Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.70 (PNGK>2.70) dalam bidang yang berkaitan atau

c. Lulus Matrikulasi / Asas dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.50 (PNGK>2.50) dalam bidang yang berkaitan.


SYARAT TAMBAHAN PERMOHONAN

  • Peringkat Asas, hendaklah berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Januari 2020.
  • Hanya pemohon kemasukan Mei 2019 yang telah mendapat tempat di UNITEN sahaja layak memohon.
  • Peringkat Ijazah Sarjana Muda, hendaklah berumur tidak melebihi 23 tahun pada 1 Januari 2020.
  • Telah mendapat tempt di UNITEN.
  • Bagi para pelajar Ijazah yang sedang dalam pengajian, mereka perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.70 (PNGK > 2.70) berdasarkan keputusan peperiksaan terkini (Semester 2, 2019/2020).
  • Penajaan adalah dihadkan kepada dua (2) orang tanggungan dari satu keluarga pada sesuatu masa, iaitu seorang di UNITEN dan seorang lagi di IPTA.
  • Pendapatan ibu bapa diambilkira dalam menentukan jenis Pinjaman Boleh Ubah yang ditawarkan, iaitu sama ada bantuan penuh atau separa.
  • Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan Pinjaman Boleh Ubah adalah tidak layak memohon.

 


CARA MEMOHON


Permohonan hendaklah dibuat secara online di laman web YTN seperti berikut:

http://ytn.tnb.com.my

TARIKH PENTING

  • Tarikh buka permohonan - 10 Mac 2020
  • Tarikh tutup permohonan - 22 Mac 2020
  • Tarikh semakan nama calon yang disenarai pendek bermula pada 30 Mac 2020
  • Tarikh penghantaran dokumen sokongan adalah sehingga 13 April 2020.


PENGHANTARAN DOKUMEN

  • Hanya calon yang telah disenarai pendek sahaja yang perlu menghantar dokumen sokongan. Pelajar baharu yang disenarai pendek diwajibkan menghantar salinan surat tawaran Universiti dan resit BMK bersama dengan dokumen sokongan yang lain.
  • Semua dokumen sokongan perlu disahkan dan hendaklah dimajukan ke alamat berikut:

Pengarah
Yayasan Tenaga Nasional
Peti Surat 70, Pejabat Pos Bandar Baru Bangi
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.


NILAI BANTUAN PINJAMAN BOLEH UBAH

Pinjaman Penuh

  • Calon anak anggota kerja TNB atau
  • Calon awam yang ibu-bapanya berpendapatan tidak melebihi RM8,000 (< RM8,000) sebulan
  • Nilai Bantuan Pinjaman Peringkat Asas & Ijazah : Yuran Pengajian + Elaun Sara Hidup (RM6,000 setahun) + Elaun Buku (RM600 setahun).

Pinjaman Separa

  • Calon awam yang ibu-bapanya berpendapatan melebihi RM8,000 (> RM8,000) sebulan
  • Nilai Bantuan Pinjaman Peringkat Asas & Ijazah : Yuran Pengajian + Elaun Buku (RM600 setahun)


LAIN - LAIN

  • Bilangan pinjaman boleh ubah yang ditawarkan adalah TERHAD.
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
  • Permohonan yang tidak mendapat apa –apa maklumat selepas tiga (3) bulan dianggap tidak berjaya. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
  • Penajaan berkuatkuasa mulai Semester Jun, 2020/2021 bagi yang berjaya.


PERTANYAAN

Sebarang bantuan atau pertanyaan sila hubungi talian am Yayasan Tenaga Nasional 03-89247500 atau pegawai berikut:

Pengambilan

  1. Pn Wan Qobatiah Wan Johan (samb: 7520)
  2. En Khairil Anuar Mohamad (samb: 7531)
  3. En Nur Syafiq Kamaruzan (samb: 7539)
  4. En Mohamad Azwa Mustapa (samb: 7529)

Teknikal / Sistem

  1. En Muhamad Ros Azmir (samb: 7523)
  2. Pn Noor Marhammah (samb: 7543)