Program Ijazah Dalam Negara (PIDN)


 

TAWARAN PENAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) BAGI MENGIKUTI PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH PERTAMA DI BAWAH PROGRAM IJAZAH DALAM NEGARA (PIDN) TAHUN 2020.

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Tenaga Nasional secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU).


PROGRAM YANG DITAWARKAN

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut.

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan)
  3. Calon dan/atau Ibu dan/atau Bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA
  4. Mempunyai kesihatan yang baik
  5. Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
  6. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama.

Syarat Khusus

Perincian bagi syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama (mempunyai surat tawaran) sebelum tarikh iklan ditutup.
  2. Memenuhi syarat akademik seperti berikut:

    2.1 Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurang-kurangnya 3.00;

    atau

    2.2 Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat memperoleh sekurang-kurangnya 3.25 di peringkat Diploma dari UNITEN

    dan

    2.3 Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.


MEKANISME PERJANJIAN PINJAMAN

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh JPA adalah tertakluk kepada terma ikatan perjanjian JPA seperti berikut:

  1. Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau
  2. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat milik Kerajaan (GLC); atau
  3. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau
  4. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman.

CARA MEMOHON

Permohonan dibuka secara atas talian (online) selama sepuluh hari mulai 11 hingga 20 Mei 2020. Calon boleh merujuk Panduan Memohon bagi memudahkan proses permohonan.

Untuk memohon:
https://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PIDN

 

 

Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini, meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PIDN Tahun 2020 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web JPA di http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my.


TARIKH PENTING

  • Tarikh buka permohonan - 11 Mei 2020.
  • Tarikh tutup permohonan - 20 Mei 2020.


Tarikh tutup permohonan ialah pada 20 Mei 2020, jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://esilav2.jpa.gov.my pada selewat-lewatnya September 2020. Jika terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan dalam portal eSILA.

PERTANYAAN

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 2, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA, MALAYSIA
(u/p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)

Pertanyaan Penajaan
W: 9:00 pagi - 5.00 petang
T: 03-8885 3049 (5 talian)

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat melalui e-mel di alamat http://jpa.spab.gov.my atau penawaranlsp@jpa.gov.my