Program Penajaan Pengajian Tertiari MARA (TESP 2020)



MARA mempelawa calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 untuk memohon Program Penajaan Pengajian Tertiari MARA (TESP 2020). Program ini terbuka kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa peringkat Ijazah Pertama dalam bidang tertentu di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).


PROGRAM YANG DITAWARKAN

  1. Bachelor of Electrical and Electronics Engineering (Hons) | Putrajaya
  2. Bachelor of Electrical Power Engineering (Hons) | Putrajaya
  3. Bachelor of Mechanical Engineering (Hons) | Putrajaya
  4. Bachelor of Civil Engineering (Hons) | Putrajaya
  5. Bachelor of Computer Science (Systems and Networking) (Hons) | Putrajaya
  6. Bachelor of Computer Science (Software Engineering) (Hons) | Putrajaya
  7. Bachelor of Computer Science (Cyber Security) (Hons) | Putrajaya
  8. Bachelor of Information Technology (Information Systems) (Hons) | Putrajaya
  9. Bachelor of Information Technology (Visual Media) (Hons) | Putrajaya
  10. Bachelor of Information Technology (Graphics & Multimedia) (Hons) | Putrajaya
  11. Bachelor of Economics (Energy) (Hons) | Putrajaya
  12. Bachelor of Business Economics (Hons) | Putrajaya
  13. Bachelor of Accounting (Hons) | KSHAS
  14. Bachelor of Finance (Hons) | KSHAS
  15. Bachelor of International Business (Hons) | KSHAS
  16. Bachelor of Business Administration (Hons) in Marketing | KSHAS
  17. Bachelor of Business Administration (Hons) in Human Resource Management | KSHAS
  18. Bachelor of Business Administration (Hons) in Entrepreneurship & Venture Management | KSHAS


SYARAT DAN KELAYAKAN AKADEMIK

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa berstatus Bumiputera.
  3. Memenuhi syarat kelayakan Status Sosio Ekonomi (SES) keluarga yang ditetapkan dan jumlah pendapatan bercukai ibubapa adalah tidak melebihi RM180,000 setahun. Bagi yang berkhidmat di Luar Negara & bekerja sendiri, purata pendapatan bulanan mestilah RM 15,000 dan ke bawah.
  4. Tidak pernah menerima pinjaman bagi peringkat pengajian yang sama.
  5. Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan.
  6. Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.


Syarat Akademik

Pelajar Baharu
• Mendapat CGPA >= 2.75 di peringkat Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM serta setaraf.

Pelajar Sedia Ada
• Mendapat CGPA >= 2.75 bagi semester terdahulu; DAN
• mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun.

Lain-lain Syarat
• Lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM.



CARA MEMOHON


Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di Portal MARA melalui pautan: https://www.mara.gov.my/program-penajaan-pengajian-tertiari-tesp-2020 mulai 27 Ogos 2020 (Khamis) pukul 10.00 pagi sehingga 13 November 2020 (Jumaat) pukul 4 petang.




Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan syarat akademik yang ditetapkan. Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.


TARIKH PENTING

  • Tarikh buka permohonan - 27 Ogos 2020.
  • Tarikh tutup permohonan - 13 November 2020.


LAIN - LAIN

Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

PERTANYAAN

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian

03-2613 2051 / 2024 / 2518 / 2059 / 2100 / 2069 / 2070 atau email tesp@mara.gov.my