Siri Kembara Temuduga Tahfiz UNITEN


Peluang untuk mencorak masa depan. Sertai Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN untuk Pengajian Asas dan Ijazah Sarjana Muda atau Diploma Pengurusan Korporat Tahfiz (DCMT) di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN adalah program yang dijalankan oleh UNITEN dengan kerjasama Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ia merupakan program Tahfiz peringkat pengajian tinggi yang terunggul di Malaysia dan telah berjaya melahirkan ramai Huffaz Profesional cemerlang di dalam dan luar negara.

Temui kami untuk temuduga di :


TERENGGANU - Sek Men Imtiaz Kemaman
15 Feb 2020 (Sabtu), 9.00 pagi - 4.00 petang

KELANTAN - Dewan Saidina Othman, Kompleks Islam Darul Naim, Kota Bharu
16 Feb 2020 (Ahad), 9.00 pagi - 4.00 petang

KEDAH - Wisma TNB, Alor Setar
18 Feb 2020 (Selasa), 9.00 pagi - 4.00 petang

JOHOR - SMKA Maahad Muar
22 Feb 2020 (Sabtu), 9.00 pagi - 4.00 petang



Sila bawa Kad Pengenalan dan keputusan percubaan SPM/keputusan SPM atau setara.

Bantuan Yuran Tahfiz Sehingga RM14,000.

Maklumat lanjut boleh hubungi Penyelaras Tahfiz di 03-8921 2020 ext 2030 / 1847 atau e-mel tahfiz@uniten.edu.my.