Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi, Zakat Selangor


 

Pelajar asnaf Fakir, Miskin dan Mualaf berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor (MAIS) yang menyambung pengajian institusi pengajian yang tersenarai sebagai 'Panel Pusat Pengajian LZS' bagi semua kategori pengajian berikut :-

  • Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)

Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi yang ditawarkan:

  •  Surat Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (Yuran Pengajian)
  • Bantuan Persediaan masuk ke IPT
  • Bantuan Keperluan Pendidikan (BKP) 

       - Wang Saku

       - Penginapan

       - Elaun buku

 

Syarat-syarat Permohonan Bantuan

  • Berdaftar sebagai asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf di Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
  • Mendapat tawaran pengajian di Panel Pusat Pengajian Lembaga Zakat Selangor (MAIS)
  • Memenuhi syarat dan kriteria bantuan yang ditetapkan oleh LZS bagi Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT).

 

Setiap pemohon dibenarkan membuat permohonan sekali sahaja bagi setiap peringkat pengajian berikut:

  1. Sijil/Pra Diploma
  2. Diploma/Matrikulasi/Asasi
  3. Ijazah Sarjana Muda

Pemohon akan layak mendapat Bantuan Persediaan Masuk IPT sekali sahaja bagi setiap peringkat pengajian seperti dinyatakan di atas apabila membuat permohonan pada tahap pengajian berikut:

  1. Sijil/Pra Diploma (pada awal pengajian)
  2. Diploma (pada semester pertama sahaja)
  3. Matrikulasi/Asasi (pada awal pengajian)
  4. Ijazah Sarjana Muda (pada semester pertama bagi yang tiada transfer kredit atau pada semester ke tiga bagi yang mendapat transfer kredit daripada program diploma
  5. Sijil Kemahiran Malaysia (pada SKM Tahap 2 & Tahap 4 sahaja
  6. Projek Khas/Institusi Khas Muallaf (pada awal pengajian)

 

Cara Memohon

  • Layari Laman Web https://pendidikan.zakatselangor.com.my untuk permohonan.
  • Sebarang pertanyaan dan panduan, pemohon boleh menghubungi Talian Zakat Selangor 1300-88-4343 bagi sebarang maklumat dan pertanyaan berkaitan bantuan ini.