Education Incentive Discounts (Diskaun Insentif Pendidikan)

 

Pemberian Education Incentive Discounts ini adalah inisiatif pihak UNITEN bagi membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat daripada pelbagai latar belakang melanjutkan pengajian ke UNITEN. Insentif berbentuk diskaun yuran pengajian ini adalah sebagai galakan dan motivasi kepada bakal pelajar untuk meneroka peluang pengajian di UNITEN.

 

Senarai diskaun Yuran Pengajian Universiti Tenaga Nasional di bawah Education Incentive Discounts adalah seperti berikut:

  • Diskaun keluarga (Family Discount)
  • Diskaun alumni dan keluarga (Loyalty discount)
  • Diskaun yuran pengajian berdasarkan pendapatan (Income based discount) T20 dan M40

 

Syarat Kelayakan Pelajar

  • Status pelajar – Aktif Pengajian
  • Permohonan kali pertama perlu dilakukan pada semester pertama pengajian bagi melayakkan pelajar memohon diskaun pengajian pada semester seterusnya.
  • Pelajar sedia ada yang telah mendapat kelulusan diskaun pengajian sebelum ini sahaja yang dibenarkan memohon.
  • Pelajar sedia ada di peringkat Asas atau Diploma layak untuk memohon diskaun yuran pengajian ini apabila menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda kelak.
  • Tidak mendapat mana-mana biasiswa atau pinjaman boleh ubah (termasuk YCU, MARA, JPA dan Yayasan Tenaga Nasional) kecuali PTPTN.

Jadual Diskaun

Diskaun pengajian kepada pelajar yang layak mengikut tempoh pengajian normal yang telah ditetapkan di dalam Peraturan Akademik Universiti seperti jadual berikut :

Nama diskaun

Jumlah Diskaun

Peringkat Pengajian

Family Discount

-        Siblings of UNITEN students

-        Siblings of UNITEN employees

-        Sibllings of TNB Staff Working with UNITEN

20% daripada Yuran Pengajian

  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Sarjana 
  • Doktor Falsafah

Loyalty Discount I

-        Alumni UNITEN

20% daripada Yuran Pengajian

  • Ijazah Sarjana Muda (from Diploma)
  • Sarjana 
  • Doktor Falsafah

Loyalty Discount II

-        Child(ren) of UNITEN Alumni 

-        Siblings of UNITEN Alumni
-        Spouse of UNITEN Alumni

20% daripada Yuran Pengajian

  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Sarjana 
  • Doktor Falsafah

Education Incentive Discount A (T20)*

10% daripada Yuran Pengajian

  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Sarjana 
  • Doktor Falsafah

Education Incentive Discount B (M40)*

20% daripada Yuran Pengajian

  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Sarjana 
  • Doktor Falsafah

*Penetapan jumlah pendapatan adalah berdasarkan perbandingan pendapatan dan jumlah tanggungan.

 

Syarat-syarat Am Education Incentive Discounts

Syarat-syarat am pemberian Education Incentives Discounts kepada para pelajar yang berkelayakan mengikut ketetapan berikut:

  • Permohonan terbuka kepada pelajar baru dan berstatus aktif sahaja
  • Syarat utama permohonan diskaun yuran pengajian adalah bagi pelajar baru pada kemasukan mulai Semester 3 2022/2023 (Kemasukan Julai 2023) sahaja
  • Pelajar pada kemasukan sebelum Semester 3 2022/2023 (Kemasukan Julai 2023) adalah tidak layak memohon kecuali pelajar sedia ada yang telah menikmati diskaun yuran pengajian Universiti Tenaga Nasional
  • Permohonan Education Incentive Discount hanya perlu dimajukan sekali sahaja sepanjang pengajian atau apabila terdapat perubahan pada jumlah pendapatan isirumah atau jumlah tanggungan
  • Pelajar tidak mendapat biasiswa atau pinjaman boleh ubah (termasuk MARA dan Yayasan Tenaga Nasional) kecuali PTPTN.
  • Pelajar sedia ada di peringkat Asas atau Diploma juga layak memohon diskaun yuran pengajian ini apabila menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda kelak.
  • Pemberian diskaun akan diberikan mengikut tempoh pengajian normal yang telah ditetapkan di dalam Peraturan Akademik Universiti.
  • Tempoh pengajian adalah mengikut tempoh pengajian normal yang telah ditetapkan di dalam Peraturan Akademik Universiti dan tidak melibatkan subjek mengulang.

 

Diskaun hanya terhad kepada Yuran Pengajian sahaja dan tidak termasuk Yuran Pendaftaran, Penginapan, dan lain-lain. 

Cara Memohon

Pelajar perlu mengisi borang permohonan online dengan menekan link atau mengimbas QR code yang disediakan.

Sebarang pertanyaan boleh dimajukan ke emel berikut:

Pn. Nurrul Hidayah Bte Ismail -

E : nurrul@uniten.edu.my

 

Atau terus ke:

Kaunter 1: Programme Information & Inquiries 

UNITEN Customer Centre (UCC), Universiti Tenaga Nasional, Jalan Ikram-UNITEN 43000, Kajang Selangor.

Pertanyaan berkenaan maklumat pembayaran dan cara pembayaran boleh dimajukan ke emel berikut:

Muhammad Uzair Bin Mohd Yunos - E: uzair@uniten.edu.my
Khairil Ezzham Bin Azeme - E : ezzham@uniten.edu.my

 

Panduan garis pendapatan mengikut kumpulan:

Kumpulan

Had Pendapatan (RM)

T20

T2

>15,039

 

T1

10,960 – 15,039

M40

M4

8,700 - 10,959

 

M3

7,110 – 8,699

 

M2

5,880 – 7,099

 

M1

4,850 – 5,879

B40

B4

3,970 – 4,849

 

B3

3,170 – 3,969

 

B2

2,500 – 3,169

 

B1

Kurang daripada 2,500

Borang permohonan boleh didapati di sini

Atau scan QR code berikut