Laluan Asasi Kolej MARA Kuala Nerang ke UNITEN dengan Pinjaman MARA (Pengambilan Julai 2021)


 

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020 bagi kali pertama, untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi Kolej MARA dan seterusnya melayakkan pemohon untuk mendapatkan pinjaman pelajaran MARA ke pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) atau Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang terpilih. Program Asasi Kolej MARA Tahun 2021 merupakan program kepada pelajar Bumiputera bagi mengikuti pengajian peringkat Asasi di Kolej MARA dalam kluster Perniagaan, Kejuruteraan dan Teknologi serta Sains.


 

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut.

SYARAT UMUM 

  1. Pemohon DAN salah seorang ibu ATAU bapa berketurunan Melayu / Bumiputera / Bumiputera Sabah / Bumiputera Sarawak / Orang Asli Semenanjung dan warganegara Malaysia; Mempunyai kesihatan yang baik
  2. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 buat kali pertama pada tahun 2021.
  3. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki;
  4. Pemohon perlu lulus pemeriksaan kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah;
  5. Pemohon perlu bebas daripada masalah kesihatan mental dan mendapat pengesahan daripada pegawai perubatan bertauliah.
  6. Ibu / bapa tidak disenarai hitam oleh MARA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak MARA;
  7. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi penajaan untuk pengajian atau peringkat yang sama;
  8. MARA mempertimbangkan pemohon berkeperluan khas dengan kemudahan yang terhad; dan
  9. Sekiranya calon didapati memberikan maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pengajian.

 

SYARAT KHUSUS

Asasi Perniagaan (Universiti Tenaga Nasional)

a) Program / Kod Program / Tempoh pengajian / Kolej Pengajian

  • Kod Program : FIB-UNITEN
  • Tempoh Pengajian : 1 tahun (2 semester)
  • Kolej Pengajian : Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah

 

b) Syarat / Gred Minimum Keputusan SPM

  • Memperoleh sekurang-kurangnya Gred A- bagi DUA (2) subjek dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf termasuk subjek :
  1. Bahasa Melayu
  2. Matematik
  • SERTA memperoleh Gred B dalam LIMA (5) termasuk subjek :
  1. Bahasa Inggeris
  2. EMPAT (4) subjek lain dan
  • LULUS subjek Sejarah

 

Asasi Kejuruteraan & Teknologi (Universiti Tenaga Nasional)

a) Program / Kod Program / Tempoh pengajian / Kolej Pengajian

  • Kod Program : FET-UNITEN
  • Tempoh Pengajian : 1 tahun (2 semester)
  • Kolej Pengajian : Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah.

 

b) Syarat / Gred Minimum Keputusan SPM

  • Memperoleh sekurang-kurangnya Gred A- bagi DUA (2) subjek dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / setaraf termasuk subjek :
  1. Bahasa Melayu
  2. Matematik
  • SERTA memperoleh Gred B dalam LIMA (5) termasuk subjek :
  1. Bahasa Inggeris
  2. Fizik/Kimia (salah satu)
  3. Matematik Tambahan
  4. DUA (2) subjek lain dan
  • LULUS subjek Sejarah

 

PROGRAM YANG DITAWARKAN

  1. Asasi Perniagaan
  2. Asasi Kejuruteraan dan Teknologi

 

CARA MEMOHON

Permohonan dibuka secara atas talian (online) di laman sesawang:

  1. MARA http://www.mara.gov.my serta laman sesawang Unit Pusat Institusi MARA (UPIM) http://apponline.mara.gov.my/upimonline
  2. Calon boleh merujuk kepada Soalan Lazim (Frequently Asked Question – FAQ) yang dimuat naik di portal MARA dan portal UPIM bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.
  3. Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.
  4. Hanya pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.
  5. Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Program Asasi Kolej MARA Tahun 2021 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

 

 

 

TARIKH PENTING

  1. Tarikh buka permohonan : 26 April 2021
  2. Tarikh tutup permohonan : 30 Jun 2021
  • Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Jun 2021 pada jam 11:59 malam.
  • Sebarang permohonan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
  1. Keputusan permohonan program Asasi Kolej MARA ini dijangka diumumkan melalui laman sesawang UPIM selewat-lewatnya 5 Julai 2021 (Isnin) pada jam 3:00 petang.
  2. Tawaran semakan keputusan adalah MUKTAMAD. Permohonan pertukaran program dan pertukaran kolej selepas keputusan ditawarkan adalah TIDAK DIBENARKAN.
  3. Sebarang permohonan rayuan bagi pelajar yang tidak ditawarkan keputusan perlu dikemukakan secara atas talian (online) melalui Sistem UPIM di laman sesawang http://apponline.mara.gov.my/upimonline .

 

PERTANYAAN

  1. Pertanyaan berkenaan dengan permohonan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi Unit Pusat Institusi MARA (UPIM), Bahagian Pendidikan Tinggi MARA (BPT) di talian: 03-26134074 / 03-26134075 / 03- 26134076 / 03-26134077 / 03-26134081 atau melalui e-mel bpt@mara.gov.my mulai 26 April 2021 sehingga 30 Jun 2021 bermula jam 9:00 pagi sehingga 4:30 petang pada hari Isnin sehingga Jumaat.
  2. Maklumat terkini juga boleh diperolehi melalui saluran media sosial HiEduMARA seperti di bawah :

 

PERTANYAAN LANJUT 

Pak Arip : 019-36688275 
En. Samsuddin : 011-65654206 
En. Irwandi : 019-9644520 
Pn. Nik Fanidautty  : 019-6940874
Pn. Nurrul Hidayah : 019-317 5202