MARA Graduate Excellence Programme (GrEP) 2021


Tawaran pinjaman pelajaran dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.


PROGRAM YANG DITAWARKAN

  • Sarjana Kejuruteraan Elektrik
  • Sarjana Kejuruteraan Awam Mekanikal
  • Sarjana Sains Industri
  • Sarjana Teknologi Maklumat
  • Sarjana Sains (Perakaunan) | KSHAS
  • Sarjana Sains Kewangan | KSHAS
  • Sarjana Sains Dalam Pengurusan | KSHAS
  • Sarjana Pentadbiran Perniagaan
  • Sarjana Pengurusan Kejuruteraan
  • Sarjana Kejuruteraan Struktur
  • Sarjana Pengurusan Tenaga
  • Doktor Falsafah (Kejuruteraan)
  • Doktor Falsafah Sains Industri
  • Doktor Falsafah Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Doktor Falsafah (Pengurusan Perniagaan)

Semua program tertakluk kepada kelulusan MARA.

Calon-calon mestilah memenuhi syarat umum dan syarat khusus permohonan seperti berikut:

SYARAT UMUM

  1. Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berketurunan Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2021:
Peringkat Pengajian Tempat Pengajian Had Umur

Sarjana

Dalam Negara

Tidak melebihi 40 tahun

Doktor Falsafah

Dalam Negara

Tidak melebihi 45 tahun

  1. Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang seperti yang dinyatakan di dalam syarat akademik.
  2. Pemohon perlulah mendapatkan pengesahan dari doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.
  3. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Pasangan tidak    termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang- Undang MARA.
  4. Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  5. Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.
  6. Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.

 


SYARAT AKADEMIK

  1. Syarat kelayakan Akademik seperti berikut :

Peringkat Pengajian

Tempat Pengajian

Kelayakan Akademik

Sarjana

Dalam Negara

1.         Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.00 atau yang setaraf dengannya bagi pengajian peringkat terdahulu

Doktor Falsafah

(PhD)

Dalam Negara

2.         Memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.50 atau yang setaraf dengannya;

  1. Pemohon yang tidak memenuhi syarat CGPA seperti yang dinyatakan layak dipertimbangkan, sekiranya memiliki pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.

SYARAT PROGRAM

  1. Pemohon yang sedang atau akan memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2021.
  2. Mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 2 tahun bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah.
  3. Mendapat tawaran pengajian daripada Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  4. Belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang akan diikuti.
  5. Kursus yang diikuti telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  6. Permohonan terbuka untuk pengajian secara SEPENUH MASA sahaja mengikut kursus dalam bidang terpilih.

TEMPOH PINJAMAN

Tempoh pinjaman (maksimum) bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut: 

  • Sarjana             : 2 tahun
  • Doktor Falsafah : 4 tahun

 

CARA PERMOHONAN

  1. Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web rasmi MARA http://www.mara.gov.my mulai 21 September sehingga 23 Oktober 2021.
  2. Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.






TARIKH PENTING

  1. Tarikh buka permohonan    : 21 September 2021
  2. Tarikh tutup permohonan   :  23 Oktober  2021

 

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung seperti butiran di bawah:
Telefon  : 03-2613 2584 / 2106 / 2083(GrEP@ Dalam Negara)
E-mel    : grepdn@mara.gov.my  (bagi permohonan dalam negara)

 


PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT

Pelajar Baru:

Mrs. Assoc.Prof.Ts.Dr.Ewe Lay Sheng
E : laysheng@uniten.edu.my 
T : 016 2585103

Dr. Sharifah Azma Binti Syed Mustaffa
E : SharifahAzma@uniten.edu.my
T : 019 4749566

Pelajar Lama:

PUTRAJAYA CAMPUS

Mr. Muhammad Uzair Bin Mohd Yunos
T : +6010 - 218 2249
E : uzair@uniten.edu.my

Ms. Nor Azira Bte Razalli
T : +6019 - 339 8810
E : norazira@uniten.edu.my

SULTAN HAJI AHMAD SHAH CAMPUS (KSHAS)

Mr. Rashid Ka’
T : +6013 - 2403203
E : rashidka@uniten.edu.my