Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Yayasan Tenaga Nasional bagi Program Ijazah Jun 2021


 


 

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa pelajar yang berkelayakan untuk memohon Pinjaman Boleh Ubah (PBU) bagi mengikuti pengajian Peringkat Diploma & Ijazah di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi Pengambilan Jun 2021.

PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

  • Lulus STPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.00 (PNGK > 3.00) atau
  • Lulus Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.70 (PNGK > 2.70) dalam bidang yang berkaitan atau
  • Lulus Matrikulasi / Asas dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.50 (PNGK > 2.50) dalam bidang yang berkaitan.

 

SYARAT TAMBAHAN PERMOHONAN

  • Peringkat Ijazah Sarjana Muda, hendaklah berumur tidak melebihi 23 tahun pada 1 Januari 2021
  • Telah mendapat tempat di UNITEN
  • Bagi para pelajar Ijazah yang sedang dalam pengajian, mereka perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.70 berdasarkan keputusan peperiksaan terkini (Semester 2, 2020/2021 (Sem Jan 2021))
  • Penajaan adalah dihadkan kepada dua (2) orang tanggungan dari satu keluarga pada sesuatu masa, iaitu seorang di UNITEN dan seorang lagi di IPTA.
  • Pendapatan Ibu bapa diambil kira dalam menentukan jenis Pinjaman Boleh Ubah yang ditawarkan iaitu sama ada bantuan penuh atau separa.
  • Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan Pinjaman Boleh Ubah adalah tidak layan memohon.

 

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara “on-line” di laman web YTN seperti berikut:

http://ytn.tnb.com.my

 

LAIN-LAIN

  • Bilangan pinjaman boleh ubah yang ditawarkan adalah TERHAD.
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
  • Permohonan yang tidak mendapat apa-apa maklumat selepas tiga (3) bulan dianggap tidak berjaya. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
  • Penajaan berkuatkuasa mulai Pengambilan Jun 2021 bagi yang berjaya.

 

NILAI BANTUAN PINJAMAN

Peringkat Ijazah

  • Yuran Pengajian + Elaun Sara Hidup (RM 6000 setahun) + Elaun Buku (RM 600 setahun)

Peringkat Ijazah

  • Yuran pengajian + Elaun Buku (RM 600 setahun)

TARIKH-TARIKH PENTING

  • Tarikh buka permohonan adalah mulai 10 Jun 2021.
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Jun 2021.
  • Tarikh semakan nama calon yang disenarai pendek bermula pada 26 Jun 2021.
  • Tarikh penghantaran dokumen sokongan adalah sehingga 9 Julai 2021.

 

PENGHANTARAN DOKUMEN

  • Hanya calon yang telah disenarai pendek sahaja yang perlu menghantar dokumen sokongan. Pelajar baharu yang disenarai pendek diwajibkan menghantar salinan surat tawaran Universiti dan bersama dengan dokumen sokongan yang lain.
  • Semua dokumen sokongan perlu disahkan dan hendaklah dimajukan ke alamat berikut:-

Pengarah

Yayasan Tenaga Nasional

Peti Surat 70

Pejabat Pos Bandar Baru Bangi

43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan

 

NILAI BANTUAN PINJAMAN BOLEH UBAH

Jenis Pinjaman Berdasarkan Pendapatan Ibu-bapa

Pinjaman Penuh:

  • Calon anak anggota kerja TNB atau
  • Calon awam yang ibu-bapanya berpendapatan tidak melebihi RM8,000 ( < RM8,000 ) sebulan.

Pinjaman Separa:

  • Calon awam yang ibu-bapanya berpendapatan tidak melebihi RM8,000 (> RM8,000) sebulan.

 

PERTANYAAN

Sebarang bantuan atau pertanyaan sila hubungan YTN di talian am 03-89247500 atau pegawai berikut:

Pengambillan

  • Pn Wan Qobatlah Wan Johan (samb: 7520)
  • En Khairil Anuar Mohamad (samb:7531)
  • En Nur Syafiq Kamaruzan (samb: 7539)
  • En Mohamad Azwa Mustapa (samb: 7529)

Teknikal/ Sistem

  • Encik Muhamad Ros Azmir (samb: 7523)
  • Pn Noor Marhamah (samb: 7543)