Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Yayasan Tenaga Nasional bagi Program  Ijazah Sarjana Muda Sesi Pengambilan September 2021




Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Pinjaman Boleh Ubah (PBU) bagi mengikuti pengajian Peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) sesi pengambilan September 2021.

 

PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA

  • Lulus STPM dengan memperolehi sekurangkurangnya PNGK 3.00 (PNGK >3.00) atau;
  • Lulus Diploma dengan memperolehi sekurangkurangnya PNGK 2.70 (PNGK >2.70) dalam bidang yang berkaitan atau;
  • Lulus Matrikulasi/Asas dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.50 (PNGK >2.50) dalam bidang yang berkaitan.

SYARAT TAMBAHAN PERMOHONAN

  • Berumur tidak melebihi 23 tahun pada 1 Januari 2021.
  • Pemohon telah mendapat tempat di UNITEN untuk kemasukan Semester 1 (Sept) 2021-2022.
  • Bagi pelajar Ijazah yang sedang dalam pengajian, mereka perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.70 (PNGK>2.70) berdasarkan keputusan peperiksaan terkini Semester 2 (Jan) 2020-2021/ Semester Khas (Jun) 2020-2021.
  • Penajaan adalah dihadkan kepada dua (2) orang tanggungan dari satu keluarga pada suatu masa, iaitu seorang di UNITEN dan seorang lagi di UA.
  • Pendapatan ibu bapa diambilkira dalam menentukan jenis Pinjaman Boleh Ubah yang ditawarkan, iaitu sama ada bantuan penuh atau separa.
  • Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan Pinjaman Boleh Ubah adalah tidak layak memohon.

 


CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara “on-line” di laman web YTN seperti berikut:
http://ytn.tnb.com.my


TARIKH PENTING

  • Tarikh buka permohonan adalah mulai 1 Sept 2021.
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Sept 2021.
  • Tarikh semakan nama calon yang disenarai pendek bermula pada 29 Sept 2021.
  • Tarikh penghantaran dokumen sokongan adalah sehingga 12 Okt 2021.


PENGHANTARAN DOKUMEN

  • Hanya calon yang telah disenaraipendek sahaja yang perlu menghantar dokumen sokongan secara atas talian (online).
  • Calon berjaya ditawarkan tajaan sahaja yang perlu menghantar dokumen sokongan ’hardcopy’ yang disahkan benar dan dimajukan ke alamat berikut:-


Pengarah
Yayasan Tenaga Nasional
Aras 1 Bangunan BB, Universiti Tenaga Nasional
Jalan Ikram-Uniten, 43000 Kajang, Selangor

 

NILAI BANTUAN PINJAMAN BOLEH UBAH

Jenis Pinjaman Berdasarkan Pendapatan Ibu-bapa

Pinjaman Penuh:

  • Calon anak anggota kerja TNB atau
  • Calon awam yang ibu-bapanya berpendapatan tidak melebihi
    RM8,000 (<RM8,000) sebulan

Peringkat Asas & Ijazah :

  • Yuran Pengajian + Elaun Sara Hidup (RM 6,000 setahun) + Elaun Buku (RM 600 setahun)

Pinjaman Separa:

  • Calon awam yang ibu-bapanya berpendapatan melebihi RM8,000 (>RM8,000) sebulan


Peringkat Asas & Ijazah

  • Yuran Pengajian + Elaun Buku (RM600 setahun)


LAIN - LAIN

  • Bilangan pinjaman boleh ubah yang ditawarkan adalah terhad.
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
  • Permohonan yang tidak mendapat apa-apa maklumat selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup dianggap tidak berjaya. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan
  • Penajaan berkuatkuasa mulai Semester 1 (Sept) 2021 bagi yang berjaya.

 

PERTANYAAN

Sebarang bantuan atau pertanyaan sila hubungi talian am Yayasan Tenaga Nasional 03-89247500 atau pegawai berikut:

Pengambilan
Pn Wan Qobatiah Wan Johan (samb: 7520)
En Khairil Anuar Mohamad (samb: 7531)
En Nur Syafiq Kamaruzan (samb: 7539)
En Mohamad Azwa Mustapa (samb: 7529)
Teknikal / Sistem
En Muhamad Ros Azmir (samb: 7523)
Pn Noor Marhammah (samb: 7543)