SUMBANGAN AWAL PENGAJIAN by Dana Waqaf Ilmu


 

Sumbangan Awal Pengajian adalah salah satu bentuk bantuan kewangan yang disediakan oleh UNITEN melalui Dana Wakaf Ilmu. Sumbangan ini adalah hasil keuntungan/hibah melalui kutipan wakaf tunai dan wakaf projek khas daripada penyumbang yang terdiri dari staff UNITEN/TNB, Alumni UNITEN dan masyarakat setempat.

Sumbangan Awal Pengajian berjumlah RM300.00 merupakan bantuan sementara yang disediakan untuk membantu perbelanjaan pelajar sebelum pelajar mendapat penajaan atau bantuan kewangan yang lain. Sumbangan ini akan diberikan kepada pelajar baharu pada awal semester pengajian.

 

Syarat kelayakan untuk memohon adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia (terbuka kepada pelajar muslim dan bukan muslim).
  2. Pelajar baharu pengambilan Januari 2024 yang sudah berstatus aktif bagi program Asas/Diploma/Sarjana Muda.
  3. Telah membayar Yuran Pendaftaran dan sudah menjadi pelajar berstatus aktif semasa tarikh tutup permohonan.
  4. Kelulusan penerima sumbangan adalah tertakluk kepada had kifayah yang ditetapkan oleh UNITEN.

Tarikh permohonan:

29 Januari - 23 Februari 2024

 

Permohonan boleh dibuat melalui:

https://apply.uniten.edu.my/uniapps/Log In Applicant > Financial Aids Application