Tajaan Program YTP-Ulul Albab 2021


Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama Tabung Amanah Zakat UNITEN (TAZU) menawarkan tajaan Program YTP-Ulul Albab 2021 bagi pelajar lepasan SPM untuk pengajian di Universiti Tenaga Nasional kemasukan Jun 2021.

BIDANG PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

Maklumat berkenaan Tahfiz adalah seperti di bawah:


SYARAT-SYARAT PENAJAAN

Syarat Khusus

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya Gred A- bagi ENAM (6) subjek yang telah ditetapkan oleh MARA mengikut bidang pengajian.
  2. Lulus ujian hafazan yang dikendalikan oleh UNITEN.

Syarat Umum

  1. Pelajar layak memohon sekiranya melepasi syarat minimum di bawah:
  • SPM Percubaan = 3A- (Mana-mana subjek dan kredit B. Melayu dalam keputusan SPM 2020).
  • Boleh guna pakai Peperiksaan Akhir Tingkatan 4 jika tiada keputusan Percubaan SPM 2020.
  1. Pemohon DAN salah seorang ibu atau bapa berstatus Bumiputera dan warganegara Malaysia.

  2. Ibu, bapa, penjaga, penjamin serta pelajar TIDAK DISENARAI HITAM atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.

  3. Pelajar tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.

  4. Lulus pemeriksaan kesihatan.

  5. Pelajar dikehendaki menamatkan pengajian dalam tempoh yang diluluskan sahaja. Tempoh tambahan bagi sambungan atau mengulang tidak akan dipertimbangkan dan hendaklah dibiayai oleh pelajar sendiri.

  6. MARA & TAZU berhak untuk meminda syarat-syarat tajaan, meminda tatacara pembayaran, atau menarik balik atau membatalkan kelulusan pinjaman pelajaran di atas.

SYARAT AKADEMIK

KEJURUTERAAN

1. Pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya Gred A-dalam ENAM (6) subjek berikut:

  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Fizik
  • Kimia
  • Dua (2) subjek lain


2. Perlu mendapat sekurang-kurangnya Gred B+ dalam subjek Matematik Tambahan dan Gred B dalam subjek Bahasa Arab.

3. PERLU lulus ujian hafazan yang dikendalikan oleh UNITEN.

SAINS KOMPUTER

1. Pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya Gred A- dalam ENAM (6) subjek berikut

  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Fizik
  • Kimia
  • Dua (2) subjek lain


2. Perlu mendapat sekurang-kurangnya Gred B+ dalam subjek Matematik Tambahan dan Gred B dalam subjek Bahasa Arab.

3. PERLU lulus ujian hafazan yang dikendalikan oleh UNITEN.

PERAKAUNAN

1. Pelajar perlu memperoleh sekurang-kurangnya Gred A dalam ENAM (6) subjek berikut:

  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Empat (4) subjek lain


2. Perlu mendapat sekurang-kurangnya Gred B+ dalam subjek Matematik Tambahan dan Gred B dalam subjek Bahasa Arab.

3. PERLU lulus ujian hafazan yang dikendalikan oleh UNITEN.


MAKLUMAT TAJAAN

 Program  Yuran Pengajian Asas (MARA) Yuran Ijazah Sarjana Muda (MARA) Yuran Pensijilan Tahfiz JAKIM-UNITEN (TAZU)
 Kejuruteraan  RM17,000  RM75,000  RM14,000
 Sains Komputer  RM15,000  RM58,000  RM14,000
 Perakaunan  RM15,000  RM63,000  RM14,000

Nota : Yuran Pendaftaran (RM1,348), Yuran Sumber (RM1,560/setahun), Yuran Penginapan (dari RM220/sebulan, jika tinggal di kampus) dan insurans tahunan tidak ditaja di bawah program ini.


PERMOHONAN

Permohonan boleh dibuat secara atas talian di https://myeduloan.mara.gov.my/v2/

Sekiranya anda berminat untuk mendapat surat tawaran program akademik dan makluman terus daripada UNITEN berkenaan YTP-Ulul Albab 2021, sila isi borang di bawah:

https://bit.ly/Huffaz_June2021



Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi. Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas dari MARA satu (1) bulan dari tarikh tutup permohonan dianggap TIDAK BERJAYA.

TARIKH PENTING

  1. Tarikh Buka – 19 April 2021
  2. Tarikh Tutup – 6 Mei 2021

PERTANYAAN
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai UNITEN seperti berikut:

Kejuruteraan & Sains Komputer
Ustaz Hafizan : 013-2129365
Pak Ariff         : 019-3668275
En Irwandi      : 019-9644520
En Samsuddin : 011-65654206

Perakaunan & Pengurusan Perniagaan
Pn Nik Fanidautty : 019-6940874

 

SOALAN LAZIM

Pemohon juga boleh layari https://www.mara.gov.my/wp-content/uploads/2021/04/SOALAN-LAZIM-PROGRAM-YTP-LEPASAN-SPM-2020.fnl_.pdf bagi sebarang kemusykilan.