Tajaan Program YTP-Ulul Albab 2022


Tawaran Pinjaman Boleh Ubah (PBU) untuk Program YTP-Ulul Albab 2022 bagi pelajar lepasan SPM 2021 bagi pengajian di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) kemasukan Jun 2022.

INSENTIF YANG DITAWARKAN

Tajaan Penuh Yuran Pengajian : Asas & Ijazah Sarjana Muda 
Elaun Sara Hidup : Program Asas
Elaun Sara Hidup : Ijazah Sarjana Muda

BIDANG PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

Maklumat berkenaan Tahfiz adalah seperti di bawah:


 

SYARAT-SYARAT PENAJAAN.

Syarat Umum

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya Gred A- bagi ENAM (6) subjek termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  2. Lulus ujian hafazan yang dikendalikan oleh UNITEN.
  3. Pemohon DAN salah seorang ibu atau bapa berstatus Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  4. Pelajar tidak menerima bantuan kewangan dan tajaan dari mana-mana badan penaja atau agensi untuk pengajian pada peringkat yang sama.
  5. Lulus pemeriksaan kesihatan.
  6. Pelajar dikehendaki menamatkan pengajian dalam tempoh yang diluluskan sahaja. Tempoh tambahan bagi sambungan atau mengulang tidak akan dipertimbangkan dan hendaklah dibiayai oleh pelajar sendiri.
  7. UNITEN berhak untuk meminda syarat-syarat tajaan, meminda tatacara pembayaran, atau menarik balik atau membatalkan kelulusan pinjaman pelajaran di atas.

 


MAKLUMAT TAJAAN

Program

Yuran Pensijilan Tahfiz JAKIM-UNITEN (TAZU)

Kejuruteraan

RM14,000

Sains Komputer

RM14,000

Perakaunan

RM14,000

Nota: Yuran Pendaftaran (RM1,348), Yuran Sumber (RM1,560/setahun), Yuran Penginapan (dari RM220/sebulan, jika tinggal di kampus) dan insurans tahunan tidak ditaja di bawah program ini.

 

LANGKAH MELENGKAPKAN PERMOHONAN PENGAJIAN DI UNITEN & PERMOHONAN PENAJAAN.

Langkah 1 : Permohonan program akademik di UNITEN

Langkah 2 : Surat Tawaran Program Akademik & Tahfiz

Langkah 3 : Berkenaan Tajaan YTP Ulul Albab

Maklumat Penting : Pelajar perlu mendaftar ke UNITEN pada Kemasukan Jun & September 2022 bagi melayakkan permohonan tajaan YTP Ulul Albab diterima dan diproses.

 

TARIKH PENTING
Permohonan akan dibuka tidak lama lagi.

PERTANYAAN
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai UNITEN seperti berikut:

Kejuruteraan & Sains Komputer
En Irwandi : 019 – 964 4520
En Samsuddin : 011 – 6565 4206

Perakaunan
Pn Nik Fanidautty : 019 – 694 0874

Tahfiz
Ustaz Hafizan : 013 - 2129365

Penajaan
Dr. Sharifah Azma : 019 - 4749566