Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP 2023)


Terbuka kepada semua pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa peringkat Ijazah Pertama dalam bidang tertentu di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).


PROGRAM YANG DITAWARKAN

  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Kuasa (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Kewangan (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem & Rangkaian) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Siber) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Sistem Maklumat) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Media Visual) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Grafik & Multimedia) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Tenaga) (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Bisnes Antarabangsa (Kepujian)
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Keusahawanan dan Teroka Niaga.

SYARAT DAN KELAYAKAN AKADEMIK

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di Portal MARA melalui pautan: https://educationloan.mara.gov.my/V4/sa/#/Login bermula 12 Oktober 2023 sehingga 06 November 2023.
  2. Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan syarat akademik yang telah ditetapkan.
  3. Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA akan menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman ini pada bila-bila masa.

SYARAT UMUM

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa bertaraf Bumiputera
  3. Memenuhi syarat kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) keluarga seperti berikut:

Kategori Kelayakan

Pendapatan Bulanan

Pendapatan Bercukai Tahunan

Yuran & Elaun Sara Hidup

RM12,000 dan ke bawah

RM150,000 dan ke bawah

Yuran sahaja

RM12,001 - RM20,000

RM150,001 – RM250,000

  1. Ibu dan bapa/penjaga serta pelajar tidak disenarai hitam oleh MARA.
  2. Tidak pernah menerima pinjaman MARA bagi peringkat pengajian yang sama.
  3. Bagi pelajar yang mempunyai masalah kesihatan, pemohon perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.
  4. Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.

SYARAT AKADEMIK

  1. Pelajar Baharu
  • Mendapat CGPA > 3.00 di peringkat Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM serta setaraf;
  • Telah mendapat tawaran dan mendaftar di UNITEN bermula Januari 2023.
  1. Pelajar Sedia Ada
  • Mendapat CGPA > 3.00 bagi semester terdahulu; DAN
  • Mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun.
  1. Lain-Lain Syarat
  • Lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM.
  • Kelayakan akademik bagi program Perubatan, Pergigian dan Farmasi mestilah memenuhi
    kriteria yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional.

CARA MEMOHON

  1. Permohonan dibuka secara atas talian (online) di https://educationloan.mara.gov.my/V4/sa/#/Login bermula 12 Oktober 2023 sehingga 06 November 2023.
  2. Calon hendaklah memastikan maklumat lengkap telah diisi.
  3. Calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan serta perlu mencetak dan menghantar dokumen yang berkaitan kepada MARA.
  4. Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad

 

 



TARIKH PENTING

  • Tarikh buka permohonan             : 12 Oktober 2023
  • Tarikh tutup permohonan            :  06 November 2023

Tarikh tutup permohonan ialah pada 06 November 2023 pada jam 11:59 malam.

Sebarang permohonan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

 


PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai program dan masalah teknikal boleh dibuat dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang melalui emel ke alamat berikut: tespglumi@mara.gov.my

PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT

Pelajar Baru:

Nurrul Hidayah Bte Ismail
T : +6019 - 317 5202
E : nurrul@uniten.edu.my

Dr. Syahidatul Khafizah Mohd Hajaraih
T : 03-89212020 ext. 7137
E : khafizah@uniten.edu.my

Pelajar Lama:

PUTRAJAYA CAMPUS

Mr. Muhammad Uzair Bin Mohd Yunos
T : +6010 - 218 2249
E : uzair@uniten.edu.my

Mr. Khairil Ezzham bin Azeme
T : +6 017 3060 258
E : ezzham@uniten.edu.my

 

SULTAN HAJI AHMAD SHAH CAMPUS (KSHAS)

Mr. Rashid Ka’
T : +6013 - 2403203
E : rashidka@uniten.edu.my