Meet & Greet 2
Sesi "Meet & Greet Yayasan Canselor UNITEN" bersama pelajar-pelajar di bawah tajaan Skim Bantuan Galakan Pendidikan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Yayasan Pahang (YP) dan Yayasan Canselor UNITEN (YCU) telah diadakan di Jala Mas, Wisma Sultan Haji Ahmad Shah, UNITEN KSHAS dengan kehadiran seramai 33 orang pelajar.
Sesi ini merupakan platform dalam mengeratkan lagi hubungan pelajar dengan YCU di samping pelajar diberi penerangan mengenai objektif dan peranan YCU.
Dua orang graduan daripada batch pertama skim penajaan ini yang telah memasuki alam pekerjaan dijemput khas untuk berkongsi rahsia kejayaan dan memberi inspirasi kepada pelajar yang lain. Turut berlangsung penyampaian sijil dan insentif sumbangan YCU kepada empat (4) orang pelajar cemerlang.