Meet & Greet YCU 2023
Majlis “Meet and Greet Bersama Pelajar di bawah Tajaan Yayasan Canselor (YCU) UNITEN 2023” dianjurkan oleh Jabatan Pemasaran, Kemasukan dan Pembangunan Bisnes UNITEN sebagai tanda penghargaan kepada YCU. Perjumpaan ini telah memberi pengisian yang bermanfaat dalam meningkatkan pemahaman pelajar tajaan mengenal peranan dan sumbangan YCU serta menjadi platfrom dalam mengeratkan lagi hubungan pelajar dengan pihak YCU serta UNITEN.
Turut berlangsung penyampaian sijil dan insentif sumbangan YCU kepada lapan orang penerima biasiswa yang mencatat keputusan purata gred kumulatif akademik (CGPA) 4.00.