Skip to main content Skip to footer

Program Sekampit Beras, Seguni Rahmat

Pusat Islam UNITEN (UIC) bersama Pusat Kemajuan Kualiti (QAC), Jabatan Pengurusan Fasiliti & Keselamatan (FMS) serta Yayasan Canselor UNITEN (YCU) telah mengagihkan lebih 50 kampit beras hasil sumbangan daripada warga UNITEN yang prihatin dalam membantu meringankan beban rakan sekerja menerusi Program Ramadan Rahmah Sekampit Beras. Turut menerima sumbangan makanan keperluan asas adalah Asrama Darul Taqwa yang menempatkan golongan asnaf dan anak yatim.