Serahan Sumbangan Kepada Tabika KEMAS terjejas banjir
YCU meninjau keadaan Tabika KEMAS Hulu Klang, Selangor yang dilanda banjir sekitar bulan Oktober 2024 yang lalu. Banjir kali ini telah menyebabkan premis tadika dimasuki air serta perabot dan alatan mengajar mengalami kerosakan. Tabika ini menempatkan kira-kira 50 murid dan 4 kakitangan. Pengarah YCU telah menyampaikan sumbangan wang tunai kepada pihak pengurusan Tabika KEMAS serta alatulis kepada murid-murid Tabika yang berusia antara 5 - 6 tahun. Turut hadir, Encik Noor Azman bin Ab Rahman, Pengarah KEMAS Negeri Selangor.