UNITEN Canselor's Award
Anugerah Canselor sumbangan Yayasan Canselor UNITEN adalah anugerah tertinggi yang diberikan kepada graduan terbaik semasa majlis konvokesyen UNITEN. Pelajar dinilai dari aspek kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sumbangan kepada masyarakat. Anugerah berprestij ini adalah selaras dengan objektif YCU sebagai pemacu kepada kecemerlangan pelajar melalui bantuan kewangan serta Dermasiswa terutamanya untuk pelajar yang kurang berkemampuan agar mereka boleh fokus kepada pelajaran dan seterusnya menjadi graduan cemerlang. Pada majlis konvokesyen UNITEN ke-26 baru-baru ini, seramai tiga orang graduan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Canselor Emas, Perak dan Gangsa.