Yayasan Canselor UNITEN (YCU) Santuni Anak Yatim
Sebagai salah satu usaha menyemai kasih sayang dan keprihatinan menjelang Syawal, YCU dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Wilayah Persekutuan membawa sekitar 20 anak-anak yatim Asrama Darul Taqwa membeli pakaian dan kelengkapan hari raya. Semoga dengan sumbangan ini, kegembiraan menyambut Syawal dapat dikongsi bersama dan memberi senyuman kepada mereka yang kurang bernasib baik.