TAJAAN PENDIDIKAN HUFFAZ PROFESIONAL
Pelajar adalah dipelawa untuk memohon Tajaan Pendidikan Huffaz Profesional bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Institut Pengajian Tinggi dalam Negara.
SYARAT PERMOHONAN
SYARAT AM
1. Pemohon mestilah terdiri dari rakyat DYMM Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
- Pemohon, ibu bapa merupakan warganegara Malaysia; DAN
- Pemohon, ibu bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor; ATAU
- Pemohon telah dan sedang bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun di Negeri Selangor.
2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM20,000.00 sebulan.
SYARAT AKADEMIK
- Terbuka kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2025 di Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) milik penuh Kerajaan Negeri Selangor.
- Memperolehi keputusan sekurang-kurangnya Cemerlang Tinggi (A) bagi tujuh (7) mata pelajaran dalam SPM
- Sekurang-kurangnya Kepujian Tinggi (B) bagi mata pelajaran selebihnya.
- Pemohon telah menghafal 30 Juzuk dan memperolehi Sijil Menengah Agama Tahfiz al-Quran (SMATQ).
- Telah mendapat tempat atau tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi Malaysia dalam program Ijazah Sarjana Muda.
CARA MEMOHON
- Permohonan melalui dalam talian PERMOHONAN TAJAAN PENDIDIKAN HUFFAZ PROFESIONAL NEGERI SELANGOR TAHUN 2026
- Tarikh tutup permohonan: 29 September 2026 (Khamis) Jam 12.00 Tengah Hari.
- Pemohon yang telah berjaya akan dihubungi untuk temuduga.
- Sekiranya pemohon tidak mendapat jawapan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh tutup, permohonan anda dianggap TIDAK BERJAYA.
- Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Pengajian Tinggi, Bahagian Pendidikan Islam, JAIS di talian 03 5514 3400 sambungan 2035 atau whatsapp ke 010-343 7054 atau email uptshbpi@jais.gov.my
